10 KEBAIKAN TOMATO UNTUK KECANTIKAN
Sejak kecil selalu menjadi perbalahan antara sis dan adik2 sis tentang golongan tomato. Tomato ni sayur atau buah??? Golongan buah sebenarnya, namun kerana sering digunakan dalam masakan masin kita lupa bahawa tomato sebenarnya spesis buah bukan sayuran. Sayur ke buah ke bukan persoalannya disini. Yang menjadi menariknya tentang tomato hari ini adalah kerana kebaikannya bagi kulit kita. Nak cantikkan jadi banyak2 lah makan buah tomato ni. Pada yang tak makan sayur tomato ni bukan sayur yea jadi makan lah tomato ni sebagai buah.
Bukan sahaja enak disajikan dalam masakan, tomato mempunyai begitu banyak manfaat dan juga khasiat dalam setiap gigitan. Rasanya yang manis-manis masam begitu menyegarkan dan sedap. Terdapat perlbagai jenis tomato didalam dunia ni. Tomato yang paling menjadi pujaan hati sudah semestinya cherry tomato, yang kuning atau merah dua-dua sis balun.Tomato mengandungi pigmen yang dinamakan lycopene yang berfungsi memberikan warna merah kepada tomato dan sayur-sayuran lain.
Lycopene sangat penting untuk kesihatan tubuh. Ia berfungsi sebagai antioksidan secara semulajadi bagi melawan radikal bebas (free radicals) yang boleh merosakkan se-sel dan menyebabkan pelbagai penyakit kanser.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa resepi kecantikan yang menggunakan buah tomato sebagai asasnya. Jom kita tips yang mudah dah menjimatkan ini untuk kulit yang mulus dan gebu.
1# Atasi masalah jerawat.
Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah anda terutama di bahagian yang berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30 hingga 40 minit. Kemudian anda boleh membilas wajah dengan mengunakan air suam.Anda boleh mencuba tips ini dua kali seminggu.Tomato dapat menyejukkan kulit wajah, menyerap lebihan minyak pada wajah dan hasilnya jerawat menegecut dan kulit menjadi licin.
2# Mengurangkan Bintik-bintik Hitam
Bagi anda yang menghadapi masalah bintik-bintik hitam di wajah anda boleh mengurangkannya dengan menggunakan tomato. Caranya mudah sahaja, ambil sebiji tomato, potong kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Untuk mendapatkan hasilnya yang ketara anda boleh mencuba tips ini secara konsisten.3# Kecilkan Liang Pori Wajah
Ambil perahan air tomato dan campurkan dengan putih telur. Kemudian sapu pada wajah dan biarkan ia kering seketika. Selepas itu, bilas dengan jus lemon atau limau lipis. Kemudian barulah dibilas dengan air suam. Kombinasi tomato dan putih telur dikatakn membantu mengecilkan liang pori klit wajah.4# Atasi Kulit Kering
Bagi mengatasi masalah kulit kering anda boleh menjadikan tomato sebagai masker. Caranya ialah dengan mengisar tomato dan ambil perahan airnya. Kemudian campur perahan air tersebut dengan yogurt asli. Kemudian sapu masker ini ke seluruh wajah. Biarkan ia kering lebih kurang 30 minit. Bilas dengan air suam. Petua ini dikatakan membantu melembapkan kulit wajah anda.5# Tona Kulit Tidak Sekata
Bagi mengatasi masalah tona kulit tidak sekata anda boleh mencuba masker yang dihasilkan daripada tomato dan madu. Caranya senang sahaja. Campurkan jus tomato dengan madu dan sapu bahan tersebut pada wajah anda. Biarkan ia kering seketika. Bilas dengan iar suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.6# Buang Lemak
Pengambilan bua tomato secara konsisten pada waktu pagi dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Jus buah tomato amat digalakkan diambil sebagai minuman harian bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minum jus ini sebelum 15 minit anda mengambil makan berat, ia akn membuatkan anda berasa kenyang. Jadi, anda tidaklah makan terlalu banyak selepas itu.7# Kulit Kering Akibat Dehidrasi
Bgai anda yang bekerja di dalam bilik dan tempat yang berhawa dingin anda akn menghadapi masalah dehidrasi. Kesannya kulit anda akan mudah kering dan yang paling teruk akan bersisik. Untuk mendapatkan kembali kulit yang lembap mudah sahaja. Lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering seketika. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.8# Rambut Kering & Bercabang
Tomato juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambt bercabang dan kering. Rambut bercabang dan kering adalah masalah biasa bagi kaum wanita terutama bagi mereka yang berhijab. Memakai tudung ketika rambut masih lagi basah memang boelh menyebabkan rambut bercabang.Anda boleh mengatasi masalah ini dengan melumurkan rambut dengan jus tomato dan balut atau bungkus rambut anda dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
9# Masalah Kelemumur
Lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.10# Lingkaran Gelap/Hitam Di bawah Mata
Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuat seseorang itu kelihatan sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah dirundung masalah. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Biarkan ia antara 15 hingga 20 minit.by, YanaChedzoy
No comments:
Post a Comment