Saturday, 26 November 2016

TIPS MEMILIH WARNA LIPSTICK BAGI BIBIR HITAM ATAU TEBAL

 TIPS MEMILIH WARNA LIPSTICK BAGI BIBIR HITAM ATAU TEBAL

Sebagai kaum hawa, sudah menjadi kebiasaan memakai sekurang-kurangnya secalit lipstick pada bibir kita bagi menyerikan wajah kita yang kadang kusam atau pucat. Lipstik memainkan peranan dalam kehidupan seharian wanita baik yang sedang belajar mahupun yang sudah berkerja

Pemilihan lipstik bagi si bibir gelap dan tebal agak sukar kerana jika tersalah memilih warna wajah kita akan kelihatan seperti badut ataupun tampak lebih buruk dari yang asli dan menghilangkan tujuan sebenar pemakaian lipstik yang asalnya untuk menyerikan wajah.

Disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana utk memilih warna yang sesuai bagi kita rakyat Malaysia. Orang Malaysia sebahagian besar mempunyai warna kulit yang sawa matang harus sedikit berhati-hati ketika memilih warna lipstik. Bibir menjadi gelap disebabkan banyak faktor, bagi yang tidak mampu membuat rawatan bibir, memilih lipstik yang "kene" itu wajib agar dapat menyerikan bibir kita. Sesuaikan warna mengikut citarasa masing-masing kerana setiap orang ada kesukaan yang tersendiri.
  • Warna Chocolate  
Dengan mengunakan lipstik yang berwarna chocolate ini dapat membuatkan anda kelihatan lebih netural, namun hati2 agar tidak memilih warna chocolate yang terlalu cair kerana ia dapat membuatkan kulit kita nampak lebih pucat.

Setelah selesai memakai lipstik, sapukan sedikit dengan warna bronze supaya kelihatan lebih segar. Warna lipstik seperti ini sesuai untuk anda pakai hari-hari.
  •  Warna Ungu Plum
Jika anda bosan mengunakan warna chocolate, anda boleh bertukar dengan warna ungu plum.Warna ini dapat membuatkan bibir kita kelihatan penuh, seksi dan juga elegent. Pakai warna ungu plum yang agak tua atau pekat agar kelihatan lebih menarik. pastika memakai dua lapisan agar mendapat sentuhan penuh lipstik tersebut, namun mengikut jenama dan juga jenis lipstik yang digunakan
  •  Warna Nude
Ada pelbagai jenis nude yang terdapat dipasaran hari ini, nude sangat sesuai bagi semua golongan sebenarnya kerana warnanya yang simple dan juga menarik. Sebahagian warna Nude sangat sesuai bagi golongan si bibir gelap atau tebal namun perlu sedikit berhati2 kerana tidak semua nude masuk dengan warna kulit, bagi memastikan kesesuaian cuba dulu tester yang disediakan dan jika berpuas hati, belilah lipstik tersebut. Bagi menceriakan lagi tambah selapis lipgloss berwarna atau tidak diatas lipstik nude tersebut.
  •  Warna Merah
Untuk yang ingin kelihatan menawan dan seksi di majlis- majlis kenduri warna merah ceri sangat sesuai digunakan. Namun pastikan warna merah tersebut tidak berkilau. Pastikan solekan mata tidak terlalu garang jika ingin mengunakankan lispstik merah kerana ia akan membuatkan wajah kita kelihatan lebih garang dan menakutkan. Terdapat pelbagai warna merah dipasaran, pilih yang mana sesuai dengan anda. Yakin dan tampil menarik.


Walaupun anda telah memilih warna yang bersuaian dengan bibir anda, pastikan ia juga sesuai dengan warna kulit anda. Warna kulit kita amat memainkan peranan dalam memilih warna lipstik. Sedikit sebanyak warna kulit mempengaruhi hasilnya. Bagi yang berwajah cerah, anda agak beruntung kerana mampu mengunakan semua jenis warna, bagi yang berkulit hitam manis atau sawa matang pilih lah warna yang kearah warna gelap.

Uji dahulu sebelum membeli Lipstik

Setiap kedai yang menjual product kosmetik pasti menyediakan tester untuk pembeli mencuba agar tidak menyesal di kemuadian hari. Jangan malu untuk bertanya malah panggil orang yang menjaga bahagian tersebut dan cubalah setiap warna yang ada pada tangan atau bibir anda secara langsung.

Sebelum mencuba lipstik pastikan membersihkan bahagian bibir hingga betul-betul bersih agar dapat mencuba lipstik tersebut tanpa kesan warna lipstik sebelumnya. Jika anda ingin bibir kelihatan ketat dan mugil pilihlah lipstik jenis matte, dan jika anda ingin bibir kelihatan penuh dan seksi pilihlah lipstik yang glossy ataupun shimmery.

Dalam berbelanja, apapun pastikan memngikut kemampuan. Jangan terlalu mengikut trend dan juga kata hati. Memang agak sukar memilih sesuatu untuk diri kita namun, jika kita berusaha InshaAllah hasilnya pasti memuaskan.Yakini diri dan kekal cantik.

By, yanachedzoy




No comments:

Post a Comment