Wednesday, 23 November 2016

Apa itu confident bagi Deena?

     Confident? ataupun dalam bahasa melayu adalah "keyakinan". Keyakinan yang Dee nak cakap untuk post kali ni ialah pasal keyakinan diri. Ok! sejujurnya Dee memang tiada langsung ye keyakinan dalam diri. Disebabkan Dee dilahirkan badan tembam tembam sikit lepastu pendek. Terasa diri ni memang tak pernah cantik. Muka tembam nak pakai tudung je mesti tak okay hm stress. Tapi kulit muka Dee alhamdulillah tiada masalah, gunalah D Nars. eh? Hahaha.

Masa zaman sekolah takde lah nak ambil tahu sangat. Tapi ambil la tahu sikit sikit pasal cantik tak cantik ni. Rasa tu start ada bila dah habis sekolah lepastu nak masuk belajar. Kita tengok semua cantik cantik rasa kita buruk sangat. Memang tak bersyukur langsung. Lagi lagi bila dapat housemate cantik cantik. Lagi lah alahai.. Mama selalu pesan dekat Dee  "bersyukur lah angah. daripada orang tak cukup fizikal dia lagi lah sedih. ni dah sempurna semua cantik tapi still tak bersyukur" tapi Dee still tak makan lagi dengan kata kata mama. Bila tak confident dengan diri, sebab tu lah macam tak kisah pun pasal diri sendiri. rasa useless je. tak cantik tak cantik. Rasa sedih sangat. Pernah menitiskan air mata ye pasal benda ni. allah nak ajar reti bersyukur, tiba tiba dia bagi deena satu dugaan.

Satu harini, Dee kena sesuatu penyakit jangkitan kuman. jadinya macam ni, dekat jari Dee tu macam gelebung air kecik tu je. pastu gatai tangan pergi pecahkan guna KUKU. Jadi jangkitan lah kan. Makin lama makin sakit. makin bengkak bernanah semua cukup. Sakit dia hanya allah je la yang tahu. Masa tu pulak memang sangat busy dengan final project dengan teater lagi. Dee pula kena perform time teater. Lagi lah perit.

Baba bawak Dee pergi klinik tapi tak tahu lah doktor tu dia buat macam maa. dengan takde biusnya. dia main cabut korek je jari dee tu. sakit dia haih tak tau nak cakap. Menangis lagi dan lagi. Dari Shah alam sampai Puncak Alam (rumah Dee) tak berhenti ye nangis. bayangkan la sakit dia macam mana. Doktor tu kata, lepas 3 hari bukak balik balutan tu dekat mana mana klinik.

Nak tunggu 3 hari tu Dee still berlatih untuk teater juga. Time tu jari rasa lain, lepastu tak tahu lah macam mana naik infection lagi satu dekat hidung. Rasanya Dee selalu senth hidung Dee guna jari yang kena jangkitan tu. Sakit sangat. Dua dua sakit. Time tu risau sangat hidung ni jafi macam jari. Memang jadi macam jari pun sebenarnya. Dengan aircond kuat dalam teater room tu membuatkan jari dee sakit sangat. Dee ingat lagi time tu dee tak tahan sangat sakit, dee duduk menangis belakkang pintu diam diam taknak bagi orang nampak sambil pegang jari dengan hidung Dee. Lepastu Dee call kawan baik Dee, Ida bagitau Ida yang benda ni sakit sangat, nangis nangis dekat Ida. Memang dah dapat rasa ada tak kena dengan balutan dekat jari tu.

 Selepas 3 hari Dee pun pergi lah buka balutan tu dekat klinik lain. Buka buka je, nanah melimpah keluar. Memang sakit. Doktor tu terus suruh Mama Baba bawak Dee pergi hospital. Pergi hospital, doktor kata kena operate esok. Tapi minor operation je. Malam tu dah la boyfriend ajak beraya rumah dia. Nak taknak kena pergi juga lah sebab.... sebab nak lah hahaha. Malam tu dengan hidung bengkak jari berbalut nanah nanah tu, pergi beraya rumah boyfriend Dee. Malam tu tak kisah la sakit ke apa tepek je makeup banyak banyak nak cover infection yang kat hidung tu. Padahal dah bengkak teruk dah time tu. Degil.

Esok tu pergi hospital. Time tu makan semua tak boleh dah. sebab jari dah tak boleh gerak. Semua orang suapkan. Pergi hospital memang seram sangat. Sebab risau dia buat apa macam mana semua. Nak tau dia buat macam mana dengan Dee? Memang terbaik sakit dia. Dekat jari Deena dia korek semua nanah tu guna pisau nipis. Dia potong semua tepi tepi jari Dee tu. Sakit dia pehhhh . Dee nangis ye time tu. Memang jadi macam kawah dah kat jari. Lubang dia tu boleh rendam jari dalam tu. lubang dia dalam dan besar. Doktor tu buang semua nanah dalam jari tu. Tu yang jadi berlubang tu. Hidung Dee pulak dia picit cemtu je. Dee taknak la dia potong sebab muka kot. Habis lah muka Dee. Dia buat semua tu hidup hudup. Memang terbaik.

Habis je buat semua tu doktor suruh Dee datang hospital setiap hari. Sebab hari hari kena cuci jari dengan hidung. hari hari cuci lepas cuci dia sumbat kain dalam lubang lepastu balut. Setiap hari ye Dee rasa sakit tu. Setiap ari tukar kain dalam lubang. Tempoh cuci tu dalam 2 minggu juga lah. lepas tu dah elok tinggal nak bagi isi tumbuh je.

Satu benda jelah Dee sedar lepas kena dugaan ni. Muka elok elok takde parut semua terus ada parut sikit kat hidung dengan jari. Sejak daripada tu, Dee jadi bersyukur dengan apa yang Dee ada. Bila kita bersyukur, kita akan sayang diri kita. Bila kita sayang diri kita, keyakinan diri tu akan datang sendiri. Bila keyakinan tu ada, semua benda boleh buat.  Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, sayangilah diri anda semua!



By, Deena Maisarah

No comments:

Post a Comment