"An apple a day keeps the doctor away"
Dari
kecil lagi dah dengar peribahasa ni. Tapi masa tu tak faham sangat. Ye
lah, sebab takut nak jumpa doktor gagahkan jugak la makan epal walaupun
tak suka.
Tapi
sebenarnya menurut kajian, sebiji epal berupaya meningkatkan paras
antioksidan. Ia mengandungi lebih kandungan antioksidan daripada
setengah bekas buah blueberry, tiga biji oren, secawan strawberi,
secawan anggur dan lapan biji pisang.
Kenapa antioksidan ini penting?
Saintis
percaya antioksidan merupakan kompoun yang bertanggungjawab mencegah
dan memperbaiki kerosakan berpunca dari radikal bebas sewaktu aktiviti
sel normal.
Berikut adalah 14 Manfaat Epal Yang Anda Tak Boleh Kata Tidak:
1. Gigi lebih putih dan sihat
2. Mengelakkan Alzheimer
3. Melindungi daripada Parkinson
4. Mengurangkan risiko kanser
5. Mengurangkan risiko diabetes
6. Merendahkan kolesterol
7. Menjadikan jantung lebih sihat
8. Mencegah pembentukan batu hempedu
9. Menghalang diarea dan sembelit
10. Meneutralkan sindrom rengsa usus
11. Mengawal berat badan
12. Detoks hati
13. Meningkatkan sistem imun
14. Cegah katarak
Pektin merupakan sedikit karbohidrat kompleks boleh larut yang banyak terdapat dalam tumbuhan. Ia penting dalam meranumkan buah dan salah satu kebaikannya kepada kesihatan manusia adalah dengan memerangkap kolesterol di dalam usus dan membawanya keluar bersama najis.
Rasanya epal adalah buah yang paling praktikal untuk di makan bila-bila masa di mana jua. Epal jenis mana pilihan anda?
by, YanaChedzoy
No comments:
Post a Comment