Mempunyai darah campuran jawa dan british, anggapan orang tentang sis selalunya mengharapkan sis sentiasa cantik kerana sis anak campuran. Kurus itu cantik dan gemuk itu buruk. Itu lah istilah yang sedari kecil sis dengar dari mulut orang. Bila sis tembam sikit ramai mulut-mulut puaka ni yang kata "hah makan banyak2 nanti gemuk buruk". Bukan permasaalah buruk tapi kesihatan yang utama.
Sis makan hati dah banyak kali dengan ramai orang. Masaalah dan kesusahan yang sis sendiri lalui tak pernah ada yang tahu. Penghinaan demi penghinaan sis telan demi meneruskan kehidupan. Pelbagai ubat dan diet sis cuba dalam mengurangkan berat badan. Sis akui kadang-kadang sis sendiri yang sis suka bagi alasan utk makan. Motto hidup sis "food makes me happy". Dulu itu lah mottonya.
Sis pernah masuk hospital disebabkan terlalu banyak consume ubat kurus. Sis takut dengan apa yang terjadi pada diri sis. Gemuk yang melampau memgundang pada nyawa sis sendiri, namun dalam pecubaan mengurangkan berat badan sis jatuh sakit dan masuk hospital juga. Sejak itu sis belajar dan masuk program-program kuruskan badan, Alhamdulilah berat badan sis berkurangan, walaupun sis tak lah kurus tapi ada perubahan dalam kehidupan sis. Sis dah tak minum air manis, makan nasi pun berkurangan.
Buruk atau cantik persoalan bukan dari luaran. Kadang orang nampak kurus tapi tak sihat, kadang orang cantik tak semestinya cantik dalam hati. Buruk atau cantik bukan persoalannya yang penting hati kita. Menjadi seorang yang "down to earth" dan "humble" serta hati yang baik menunjukkan kecantikan seseorang. Walau macam mana cantik pun kita, kalau hati kita tak menunjukkan kecantikan itu sangat lah sia-sia.
Sis belajar satu benda dalam dunia ni, kecantikkan luaran kita suatu hari nanti akan hilang, kalau kita siat kulit kita semua sama isi tetap merah, darah tetap merah. Hargailah semua yang kita ada selagi kita hidup dalam dunia ni. Selagi kita cantik buat lah baik pada semua supaya bila kita berubah buruk, masih ada orang-orang yang peluk kita kerana kita.
By, YanaChedzoy
No comments:
Post a Comment