Saturday, 26 November 2016

HILANGKAN SUNBURN SECARA SEMULAJADI


HILANGKAN SUNBURN SECARA SEMULAJADI



Pada 2 minggu lalu, sis dan kawan-kawan sis pergi ke pengkalan balak bagi shooting untuk assigment production. Memandangkan script tue sis yang tulis dan sis yang pergi letak scene pantai jadi kene lah kami semua pergi ke pantai waktu pagi. Almaklum lah kita ni semua malas jadi bangun pun nak dekat tengah hari.

Panas di Malaysia ni semakin menjadi-jadi. Kalau pecah telur atas kereta pun boleh masak. Inikan lagi kulit kita. Balik pada cerita di pengkalan balak tue, masa shooting tiba-tiba terbawa ke tengah hari. Panas terik sangat waktu tue sampai tapak kaki sis melecur sampai sis menangis-nangis tak tahan. Akhirnya bila balik kulit sis melecur yang amat. Macam udang galah kene rebus.

Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet dari matahari bukan sahaja mengakibatkan sunburn, tetapi turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua. Nah sis kongsikan 5 Cara Menghilangkan Sunburn Guna bahan Semulajadi untuk di cuba.




1. Mayonis


Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.

Nak kesan yang lebih sensasi? Sejukkan dulu mayonis di peti ais kemudian sapu pada kulit. Cubalah!



2. Tembikai


Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.



Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.



3. Daun lidah buaya


Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti anda akan perasan perubahannya nanti.



4. Masker timun dan susu tepung


Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.



5. Tomato

Cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

by, YanaChedzoy

No comments:

Post a Comment