Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae sama seperti bawang putih dan merah.
Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.
Tumbuhan yang dikenali sebagai sabir dalam Bahasa Arab juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.
Aloe Vera Gel juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.
by:nor ainaa karmilah
No comments:
Post a Comment