SEPHORA SALE 20% OFF BLACK FRIDAY
Sabtu bersamaan dengan 25.11.2016 saya YanaChedzoy mewakili team Beauty Squad
telah pergi ke Sunway Piramid bagi jualan besar bersaran yang telah diadakan
oleh Sephora bagi jualan Black Friday. Dari seawal 9.00 pagi hingga 11.00 malam
pihak Sephora telah berjaya menarik pengemar-pengemar kosmetik bagi
membeli pelbagai product antarabangsa yang biasa nya agak mahal bagi rakyat Malaysia seperti kita.
Saya tidak melepaskan peluang tersebut dengan membeli beberapa product yang ada disitu memandangkan gabungan antara Christmas sale dan Black Friday membuatkan promosi barangan mengiurkan. Antara barang yang menarik perhatian saya adalah Tarte glam box RM240, Sephora 4 pallet Christmas shadow RM175, Marc Jacob Brushes RM878, Benefit they're Real RM80(saya beli), Tarte Christmas Gift Box RM277 dan banyak sangat lagi.
Saya telah memilih 3 item bagi menambah koleksi make up saya,Benefit they're Real RM80, Nyx Avant Pop Pallets dan Nyx liquid lipcream. Ketika ingin membuat bayaran barisan bayaran sangatlah panjang hingga keluar pintu Sephora, namun demi mencapaikan hajat saya beratur jugalah. Kalau pergi "Sale Hunt" pastikan pakai kasut yang selesa dan minum kopi sebelum pergi sebab "Its a hell of a ride" kata orang putih. Namun dalam membeli ingat kemampuan dan pastikan budget cukup, jangan sebab terlalu ikutkan nafsu hujung bulan tak ada duit makan.
Terdapat juga pelbagai losyen dan pewangi yang sangat-sangat menarik dan kesemuanya mendapat potongan 20%. Kepada yang tidak berpeluang menyertai Black Friday Sale, anda masih boleh mendapatkan sale Christmas dan end year sale yang akan berlaku bulan 12 ni. Sale ini akan lagi gempak dan menyeronokkan. Saya juga tidak akan melepaskan peluang tersebut!!!
By, YanaChedzoy
No comments:
Post a Comment