5 LANGKAH LENTIKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA
Salam semua. Bila cerita pasal bulu mata, Alhamdulilah sis dikurniakan dengan bulu mata yang panjang dan lentik sedikit. Kalau pakai maskara tu memang panjang dan lentik tak payah nak dikatalah. Namun tak semua orang dikurniakan dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk melentikkan dan memanjangkan bulu mata. Tak perlu nak tanam atau pergi ke salun-salun mahal bagi memanjang atau melentikan bulu mata kita. Kita perlu usaha sedikit sahaja bagi mendapatkan bulu mata yang idel. Kata orang tue mata mahkota wajah kita jadi selain menjaga mata menjaga permata mata kita pun perlu dititik beratkan,
1. Sikat Bulu Mata Dengan Kerap
Sikat bulu mata? Sis pun mula- mula terkejut. Boleh pulak sikat buku mata. Patutlah ada sikat kecil macam dalam gambar itu rupanya untuk sikit bulu mata. Sikatlah bulu mata dengan kerap, kalau boleh tiga kali sehari bagi mendapat efek yang cepat dan berkesan
2. Sapukan Vaseline Setiap Hari
Tak mahal dan tak menyakitkan. Sapukan vaseline setiap hari sebelum tidur bagi mendapat hasil yang terbaik. Product 'petroleum jelly' sangat membantu dalam pertumbuhan bulu mata. Sapukan vaseline pada mata mengunakan berus maskara atau pun cotton bud.
3. Gunakan Minyak Semula Jadi
Selain daripada vaseline, anda juga boleh mengunakan minyak semula jadi seperti, minyak zaiton, minyak jojoba, minyak kelapa dan minyak castor bagi memanjangkan bulu mata memandangkan ia mengandungi mineral, vitamin dan juga ajen memanjang. Ia bukan sahaja membantu dalam memanjang dan melebatkan bulu mata , ia juga bantu dalam melembapkan mata kita terutama yang kurang tidur dan minum air.
4. Menekap Teh Hijau Pada Mata
Jika anda kurang gemar mengunakan minyak bagi menekap mata anda, gunakan uncang teh hijau dan tekapkan pada mata anda semalaman. Jika tidak boleh juga mengunakkan cotton swap yang dicelup dalam pati teh hijau dan letakkan pada mata anda.
5. Makan Biotin Dan Vitamin E
Akhir sekali, memakan makanan yang mengandungi biotin atau lebih di kenali sebagai vitamin B complex dan vitamin E. Ia berkesan bukan sahaja untuk memanjangakan bulu mata, juga boleh menyihatkan rambut terutama rambut yang mengalami masaalah gugur.
Itu adalah sebahagian cara dan langkah bagi merawat dan memanjangkan bulu mata yang pendek dan kurang lebat/ lentik. Harapan sis post hari ini sedikit sebanyak memberi imnu dan juga membantu anda semua. Kekal yakin dan kekal cantik
By, yanachedzoy
Mata i dah lentik. Cuma tips ni bagus lah sebab i selalu pakai bulu mata palsu so boleh i amalkan
ReplyDelete