6 LANGKAH MUDAH DAN PANTAS UNTUK MENGAYAKAN SELENDANG BERSAMA RANTAI
Salam semua. Hari ni sis nak ajar you guys cara nak pakai tudung dengan rantai. Selalunya style macam ni sesuai digunakan untuk keluar pergi dinner, class, dan mana-mana pun boleh. Memandangkan kita yang bertudung ini susah untuk mengaya kan rantai adalah sangat berguna bila ada cara untuk mengunakan rantai walaupun kita mengunakan tudung, Sis jarang buat style macam ini, tetapi sesekali berubah arah apa salahnya. Betul tak?.
Style tudung ini menunjukkan cara menggayakan shawl yang menutup dada bersama rantai. Selain itu, rantai yang digayakan pasti tidak merimaskan kita kerana ia digayakan secara longgar. Sis yakin dengan cara ini,kita pasti kelihatan menawan dengan penampilan ini kerana ia menambah lagi seri pada penggayaan pakaian kita. Cubalah tutorial ini untuk melihat sendiri efeknya pada penampilan awak kat luar sana yang nak cuba gaya baru.
Rantai yang sesuai
Rantai yang sesuai ialah yang sederhana besar. Rantai yang terlalu besar akan merimaskan kita dan membuat penampilan kita kelihatan terlalu serabut. Sis lagi suka rantai yang panjang macam gambar diatas ini.
Padanan yang sesuai
Korang semua boleh memadankan penggayaan ini dengan blaus bersama skirt atau seluar, gaun mahupun baju kurung atau jubah. Ianya mengikut kesesuaian keadaan atau majlis yang kita ingin hadiri.
Harapan sis, info diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda semua kat luar sana untuk tampil bergaya dengan acssesori walaupun anda semua bertudung. Yakin dan kekal cantik.
by, Yanachedzoy
stylo juga buat gaya gini.. petang ni gak i beli rantai
ReplyDelete