Monday, 12 December 2016

DOA DAN WUDHU MENCANTIKKAN WAJAH


DOA DAN WUDHU MENCANTIKKAN WAJAH


Salam semua. Hari ni sis nak kongsikan sedikit cara nak mencantikkan wajah kita dengan doa berserta wudhu.Kebanyakan wanita memang mementingkan kecantikan, dan kalau boleh even usia dah mencecah 40tahun ke atas wajah masih nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias didepan suaminya. Sis bukan seorang pengguna kosmetik untuk penjagaan wajah sebab sis ni memanglah malas nak pakai cream pagi petang siang malam tue, tapi doa dan wudhu memang dah jadi amalan sis sejak sekolah lagi. Air sebenarnya boleh menyerap bait-bait kata yang baik dan doa yang baik, jadi bila kita ambil air wudhu serta membasuh wajah kita dengan doa penyeri, insyaAllah wajah kita akan kelihatan berseri dan cantik. Kalau kita tak berwudhu pun, setiap kali kita basuh muka dengan air baca lah doa penyeri wajah. Dibawah ni sis sertakan doa dan cara nak basuh wajah kita agar kekal cantik dan berseri, 


Tidak semestinya nak cantik perlu menggunakan produk yang mahal. Kekadang apa yang berada disekeliling kita dan dari sumber semulajadi adalah lebih baik dan lebih berkesan jika diamalkan secara teratur dan consisten.

Banyak faktor lain yang menjadikan kulit seseorang itu nampak cantik berseri. Jika hanya mengharapkan "keajaiban" dari produk mahal tapi kita sendiri tidak menjaga pemakan dan tidak mengambil air yang mencukupi malah bersenam pun tidak, rasanya semahal mana pun produk yang kita guna susah untuk kita mendapatkan hasil yang sepatutnya.


Berbalik kepada petua kecantikan dan awet muda tadi, kepada yang belum amalkan boleh amalkan petua dibawah. Petua ini paling mudah untuk dipraktikkan , Insyaallah jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila usia kita menginjak ke usia emas nanti.





Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

  1. Minum air suam sebaik bangun dari tidur
    Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

    Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  2. Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

    Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.

  3. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

  4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  5. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

    “Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
  6. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Jadi lepas ni bolehlah amalkan semua doa dan petua yang sis dah ajarkan ni. Mudah sahaja nak cantik hanya perlu usaha dan tawakal serta istiqamah. Jangan putus asa dan teruskan usaha dalam menjadi wanita yang cantik diluar dan dalam. Harapan sis perkongsian hari ini menjadi manfaat pada korang semua. itu sahaja sampai bertemu lagi dalam next posting. Yakini diri dan kekal cantik. 

by. yanachedzoy 

2 comments:

  1. wah macam ni ke cara nak mencantikan wajah tanpa kimia... boleh lah saya amalkan lepas ni. tq beauty squad...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah. Amalkan lah insyaallah akan ada hasilnya.

    ReplyDelete