Sunday, 11 December 2016

THE STORY OF EYELINER



Salam semua. Hari ini sis nak menceritakan sikit tentang gaya, cara dan tips dalam pemakaian eyeliner. Sis memang mengila bila pakai eyeliner. Sis suka bila pakai eyeliner ada cat wing sikit. Panjang macam cleopatra pun sis suka yang penting mata sis nampak vouge you alls. Sis cuma kadang-kadang tue bila nak pakai nipis je sebenarnya tapi entah macam mana boleh tertebal pula. Sis pun menyampah kalau terkeatas sangat atau tak sama rata eyeline kanan and kiri. Namun demi mata yang menawan gitu sis belajar tips dan cara nak pakai eyeliner dengan betul. Antara pencil dan yang cecair atau cream sis lebih memilih cecair dan cream sebabnya sis rasa cream dan cecair lebih mudah nak pakai and bentukkan. 



Eyeliner memainkan peranan dalam pemakaian make- up. Ada sesetengah orang suka pakai make up simple je. Dalam tiga pemilihan make up simpel eyeliner selalunya menjadi pilihan ramai kerana ia memberi impak maksimum pada muka kita. Macam dalam gambar di atas mesti selalu berlaku pada kita betul tak?? (Maaf atas kekasaran bahasa pada gambar rajah diatas) Sebab itu lah pentingnya pemilihan eyeliner dan mesti tahu cara nak pakai. Gaya eyeliner ada banyak cara dan gaya, Semuanya ada step yang perlu diikuti. Cantik sangat setiap gaya eyeliner jika betul digayakan dengan make up kita. 

Cantikan? Selalunya sis buat gaya basic dan luxe itu sahaja. Yang lain tue tak pastilah boleh ikut atau tidak. Hahaha. 

Ada satu cara yang sis selalu cuba utuk mendapatkan eyeliner sempurna. Sis guna selotep. Selotep senang digunakan pada mata untuk mendapatkan garis sempurna. Cuma jangan guna selotep yang banyak sangat gam, Pastikan dia tak ganggu eyeshadow kita, Sis selalu pilih yang jenis kertas sebab dia tak ganggu eyeshadow sis






Ini adalah langkah-langkah bagi pemakaian eyeliner yang simple dan mudah . Gaya ini basic dan sesuai dikenakan setiap hari untuk segala jenis acara. Namun kita perlu tahu yang tak semua gaya sesuai untuk semua jenis bentuk mata. Ada mata yang perlu mengunakan sesetengah jenis lukisan eyeliner bagi membesarkan mata atau bagi mengecilkan sedikit mata, Kerana kita semua mempunyai pelbagai jenis bentuk mata 'try an error' adalah perlu bagi mendapatkan gaya celak mata yang sesuai. 


CARA MEMAKAI EYELINER
  •  Tarik garis pada kelopak mata anda dari bahagian dalam ke hujung bahagian luar mata (bahagian tangan yang lain sambil menarik hujung kelopak mata agar lebih mudah masa nak apply dan memberi garis eyeliner lebih lurus). 
  • Apply eyeline secara berulang2 untuk kedua kalinya. Mulakan dari bahagian tengah mata hingga ke bahagian hujung mata. Bagi yang nak buat style cat eyes atau bergaya K-Pop. tarik yang hujung meruncing ke arah atas.
  • Untuk bahagian bawah mata, apply pencil eyeliner dengan cara menarik hujung kelupak mata bahagian bawah. Time apply pencil eyeliner, bukalah mulut anda so that otot2 mata menjadi lebih kemas dan usap hujung pensil dengan kapas supaya lebih lembut masa apply ke bahagian mata.


  

Nak tarik mata? macam mana nak tarik... jap...tengok gambar kat bawah ni...


Selain cara di atas, anda juga boleh mencuba menggunakan cara dengan memakai eyeliner yang sesuai dengan diri anda dengan jenis eyeliner berikut:
  • Anda boleh apply pencil eyeliner dengan cara menarik kelopak mata mengarah ke atas agar lebih mudah masa nak membentuk garisan pada mata. Lepas tu buatlah garis sedekat mungkin dengan garis bulu mata, supaya nampak lebih natural dan bentuk mata akan terlihat lebih tegas.
  • Kalau dalam kes nak apply liquid eyeliner atau eyeliner cair pulak, anda boleh mencuba dengan memastikan terlebih dahulu, sama ada bulu2 berus nak apply tu tergumpal ke tak, ada sisa baki eyeliner yang dipakai sebelum ni yang dah keras ke tak sebelum nak apply. Bersihkan dulu yer. Lepas pada tu, masa nak buat garisan, ensure tangan anda tak bergetar atau bergoyang, kalau tidak memang comot, Nak senangkan kalau nak buat garis yang kemas. Anda boleh buat tanda titik pada sepanjang garis mata. Lepas tu barulah sambut dot dot dot tu dengan buat garis dalam sekali gerakan lurus. 
  • Kalau anda ada pencil eyeliner yang cair pula, cara pun hampir sama dengan liquid eyeliner. Bezanya, kemasan pencil eyeliner yang cair lebih mudah dan praktis. Eyeliner bentuk gel pun senang, colek sedikit sahaja. Lepas itu senang nak lukis. Biasanya eyeliner bentuk gel ni senang nak buat garisan yang runcing dan tipis. Cara pemakaian eyeliner gel lebih kurang sama juga dengan liquid eyeliner. 

Itulah cara2nya nak pakai eyeliner , dan kalau nak lebih jelas boleh search kat YouTube, memang banyak tutorial. Sis rasa dah banyak sis share tentang eyeliner/celak. Pastikan untuk mencuba semua tips yang diajar. Kalau ada lagi tips dan cara kongsikan diruangan comment dibawah.  Gayakan diri kita dengan keyakinan dan kekal cantik.



     Disini  sis Share satu video sis suka tgk utk lukis eyeliner

By, yanachedzoy

1 comment:

  1. Celak ni memang payah nak pakai lagi2 yang cair2 tue.. Menyusahkan tapi kalau jadi cantikk and kebaboom mata ialls

    ReplyDelete