Monday, 12 December 2016

PEMILIHAN BEG TANGAN YANG SESUAI

PEMILIHAN BEG TANGAN YANG SESUAI


Salam semua, Hari ni sis nak menceritakan sedikit tentang pemilihan beg tangan. Biasa bagi kita wanita beg tangan dah menjadi keperluan bagi kita untuk menyimpan segala barang dan harta karun. Kalau korang tgk dalam bag tangan sis, semua benda ada. Dah macam poket doremon. Lol. Sis bukan apa senang kalau semua benda dalam satu tempat, sebabnya kita tak akan pernah tahu bila kita perlukan sesuatu barang tu. Sebenarnya dulu masa sis anak dara memang malas nak pakai bag tangan. Macam menyusahkan pula kalau nak sangkut-sangkut beg kat lengan ni. tapi sekarang ni sis tak boleh hidup tanpa beg tangan sis.Baiklah dibawah ni sis nak share tips dan cara memilih beg tangan dari segi warna, majlis, dan bentuk badan. 

Tip 1: Majlis

• Adakah anda membeli dompet untuk suatu majlis tertentu atau adakah ia untuk kegunaan setiap hari, atau mungkin ia adalah untuk ke pejabat.
• Kebiasaannya gaya ke pejabat adalah daripada sesuatu yang mewah dan lebih praktikal.
• Manakala bagi yang bertujuan untuk majlis-majlis petang haruslah jenis yang elegan dan bergaya.
• Untuk keluar di waktu malam ke pub atau disko, sesuatu yang kecil, bergaya atau mewah lebih sesuai namun bergantung juga kepada pakaian yang anda pakai.


Tip 2: Warna

• Hitam, coklat dan kelabu adalah beberapa warna sejagat untuk beg tangan yang paling mudah disuai padankan dengan pakaian.
• Walau bagaimanapun, jika anda mahu menyerlahkan lagi penampilan, tambahkan percikan warna untuk beg anda dan ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih meriah.


Tip 3: Jenis Badan Anda

• Kebiasaannya, bentuk badan seseorang turut menjadi peranan bagi menentukan bentuk beg yang bersesuaian. Jadi bagi gadis tinggi lampai anda perlu memilih beg yang berbentuk bulat. Begitu juga seseorang yang berbadan bulat, adalah lebih sesuai memilih beg berbentuk tinggi. 
• Sekiranya anda seorang gadis yang mempunyai ketinggian enam kaki, saiz beg harus lah bersaiz kecil agar tidak menampakkan perbezaan yang ketara. 
• Beg bahu mampu memberi kesan kepada bahagian badan. Contohnya, jika berat beg berakhir pada pinggul anda, ia akan ada perhatian yang lebih kepada pinggul anda. 
  



Akhir kata, semoga anda semua mendapat sedikit infomasi berguna dari sis hari ini. Apa pun dalam berbelanja jangan 'over spend' duit anda tau. Belajar membezakan keperluan dan kehendak. Sampai berjumpa lagi dalam next posting. Yakini diri dan kekal cantik. 

by, yanachedzoy 


1 comment:

  1. Saya ni tembam so kene cari bag yang panjang lah gitu...

    ReplyDelete