Sunday, 11 December 2016

BAU KAKI ?!







Bagi sesiapa yang mengalami masalah kaki berbau ni pasti akan faham kan rasanya bila dekat tempat-tempat tertutup then kaki mula akan berbau..pergh serious tak best. Kadang-kadang tu bukan kaki yang berbau,tetapi kasut yang kita sudah pakai sekian lama tu. Seharian pakai kasut pun boleh membuat kaki kita berbau kerana kaki kita juga mudah berpeluh apabila terlalu banyak berjalan.

Jadi hanum akan kongsikan tips untuk hilangkan bau kaki supaya anda semua tidak akan risau lagi tentang masalah bau kaki anda :

korang cari besen yang agak-agak muat nak masukkan dua-dua belah kaki korang. Kemudian, masukkan air dan 2 sudu garam serta segenggam asam jawa. Gaulkan bagi semua serasi dlam air itu, dan masukkan kaki korang dalam besen. Gosok asam jawa tu dekat sekeliling kaki dalam besen termasuk lah celah-celah jari kaki korang. Petua ni dikatakan dapat membantu hilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit korang menjadi semakin halus mulus. Selain daripada garam dan asam jawa tu, ada cara yang lagi mudah. Iaitu guna uncang teh. Tak kisah lah teh apa pun yang korang ada,asalkan teh. Rendamkan kaki korang dengan pilihan korang selama setengah jam. Insya Allah, kaki korang tidak akan berbau dah :)


By, Hanum Najib

No comments:

Post a Comment