Saturday, 10 December 2016

PERBAIKI BEDAK COMPACT,BLUSHER DAN EYESHADOW

Salam semua. Hari-hari sabtu macam ni selalunya sis malas nak gi mana-mana. Sis suka duk rumah bersihkan barang-barang make up sis and kemas-kemas rumah. Anak-anak sis pun suka tidur je time-time macam ni. Jadi nak masak tengah hari pun sis tak kuasa, Hahaha , tak ada lah , sis joking je. Masak juga lah malas- malas pun. Okey lah dah melalut ni, sebenarnya pagi tadi time nak pakai bedak compact masa nak keluar sis terkejut sebabnya masa nak bukak bekas bedak itu tiba-tiba bedak compact sis pecah berderai. 
Ni kerja tak ada orang lain, memang hero sis seorang itu, Adam Iz'ryan punya kerja. Sedihnya sis bukan main lagi, ye lah bedak compact bukannya murah, Jadi sis pun fikirlah cara macam mana nak baiki bedak compact sis ni, Sis teringat aunty sis pernah ajar macam mana nak betulkan blusher sis yang pernah pecah dulu. Mudah dan senang sahaja caranya. Tak perlu panic pun bila perkara- perkara macam ini berlaku, tak perlu nak marah anak kita kalau barang kita dipecahkan. Mudah je. Bukan utuk Bedak compact sahaja, malah untuk blusher and eyeshadow pun boleh kita gunakan cara ini. Ikut cara-cara yang sis ajar kat bawah ni:- 


1. Alas Bekas bedak kita dengan plastik atau pun tisu keras
2. hancurkan betul-betul bedak tersebut.
3. Ambil satu sudu teh Spirit/Rubbing Alcohol (masukkan sikit demi sedikit kalau kurang tambahkan lagi kalau lebih kurangkan cecair Spirit)
4. Gaulkan semua bahan dan tekankan balik kedalam bekas compact. 
5. Bersihkan sekeliling bekas tersebut. Siap!!!

Mudah sahajakan. Lain kali kalau ada pecah- pecah itu jangan buang. Tak baik membazir Allah marah. Itu sahaja dari sis untuk hari ini. Harap semua dapat Ilmu yang baru dari post sis hari ini.

P/s: Spirit atau rubbing alcohol boleh didapati disemua farmasi yang berdekatan. Pastikan cecair bukan swap!!!

by, YanaChedzoy







1 comment:

  1. banyak bedak i yang pecah.. yeay dah ada cara nak betulkan.. Tq sis

    ReplyDelete