Sunday, 11 December 2016

KETAHUI RAHSIA MATA SEORANG WANITA


KETAHUI RAHSIA MATA SEORANG WANITA


Salam semua. Hari ni sis nak menceritakan sedikit tentang rahsia mata seorang wanita. Bagi wanita seperti kita mempunyai sepasang mata yang cantik adalah penting bagi keyakinan diri. Alhamdulilah mata sis dapat melihat dengan baik. Dulu waktu sekolah sis selalu rasa kurang bersyukur sebabnya mata sis chocolate tak macam kakak sis, mata dia hijau. Ayah sis mempunyai sepasang mata yang sangat menawan. kelabu hijau, dan disebabkan itu lah sis selalu sedih sebabnya tak memiliki mata macam ayah sis. Sis suka pakai contact lens berwarna bagi menampakkan mata sis ala-ala ayah sis.


 Namun bila sis mula membesar dan mengenal dunia, sis mula merasakan yang mata sis cukup cantik walau warna apa pun mata sis, Sis rasa bersyukur sekurang-kurangnya sis tak buta atau cacat. tapi sis masih lagi pakai contact lens lah. Saja-saja bagi menyerikan wajah, tapi sis still suka mengayakan mata sisi sendiri. Bahagian mata merupakan salah satu anggota berharga bagi setiap wanita. Mata adalah mahkota wanita. Kerana mata lah ia jatuh kehati, kerana mata lah hati berdegup kencang. Ingin mendekati seseorang gadis haruslah ketahui rahsia disebalik mata wanita. Dibawah sis sertakan keperibadian mengikut saiz dan betuk mata;-


#1 Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

#2 Saiz mata sedang 

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

#3 Saiz mata lebar 

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

#3 Mata selalu berkedip 

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

#4 Mata jarang berkedip 

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

#5 Mata cengkung 

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

#6 Mata redup 

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

#7 Matanya seolah tersembul keluar 

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Ini hanya sekadar kajian, sama ada mahu percaya ataupun tidak itu terpulang. Yang penting cintai wanita sepenuh hati anda. Bagi sis tak perlu percaya sangat pun benda-benda macam ni. Keperibadian seseorang itu atas diri dia sendiri dan hati dia. tak ada kene mengena pun dengan bentuk mata ke bentuk bibir ke apa ke. Sayangi diri sendiri dan sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik dari hari ini. Yakini diri dan kekal cantik. 

Disini sis nak share video 10 mata wanita tercantik didunia. Enjoy!!!

by, yanachedzoy 


1 comment:

  1. suka dah color mata yang ada ni. Contact lens color rainbow tak ada ke ?hahahaha

    ReplyDelete