Monday, 12 December 2016

Masalah Keputihan?

                       Image result for bebas keputihan




Hanum pasti ramai perempuan mengalami masalah keputihan, betul tak?. Keputihan sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi setiap
wanita. Keputihan berperanan sebagai 'pembersih' didalam sistem pembiakan wanita. Keputihan adalah cairan yang dihasilkan oleh kelenjar didalam vagina dan serviks membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Ini membantu mengekalkan kebersihan vagina dan membantu mencegah jangkitan.
Jumlah yang keluar tidak tentu, sama juga dengan bau dan warnanya (warna dari jernih hingga ke putih susu), bergantung pada masa kitaran haid kita.

Cara Elakkan Jangkitan vagina yang boleh membawa kepada keputihan tidak normal

  • Pastikan vagina sentiasa bersih dengan membasuh menggunakan sabun yang lembut dan air suam.
  • Jangan gunakan sabun wangi dan pembersih dalaman wanita. 
  • Selepas ke tandas , sentiasa lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakteria daripada masuk ke dalam faraj dan menyebabkan jangkitan. 
  • Pakai underwear yang diperbuat daripada 100 % kain kapas, dan elakkan pakaian terlalu ketat.

Cara  menghilangkan keputihan tanpa perlu menggunakan segala jenis ubat-ubatan.


Bahan yang perlu :

10 lembar daun sirih
1 ruas temulawak
Kunyit
Cuci semua bahan tadi, kemudian potong kecil kecil rebus bersama 1 liter air dalam 15 minit. Gunakan air hasil rebusan tadi untuk membasuh miss V anda. Gunakan dalam keadaan suam. Terapi ini boleh dilakukan 2 kali sehari supaya nampak hasilnya. 


Hilang masalah keputihan pasti pergerakkan anda bertambah selesa dan aktif! :)



By, Hanum Najib


No comments:

Post a Comment