Monday, 12 December 2016

NAMA YANG CANTIK, PERIBADI MULIA

NAMA YANG CANTIK, PERIBADI MULIA


Salam semua. Hari ni sis nak menceritakan sedikit tentang NAMA. Kita semua dikurniakan dengan nama yang baik-baik dan mulia. Sis pun memang suka dengar nama-nama yang unik dan maksud yang bagus, Kadang-kadang sis sedih tengok budak-budak sekarang yang bagi nama pendek yang bukan-bukan padahal ibu dan ayah dah bagi nama cantik dah. Sejak kita dilahirkan perkara pertama yang dihadiahkan pada kita adalah nama kita. Maksud yang baik adalah harapan setiap ibu bapa agar keperibadian anak- anak mengikut nama yang diberikan. Bila nama kita cantik peribadi kita pun perlulah cantik seperti nama kita. Jangan nama dah elok tapi perangai MashaAllah. Hahahah. Sis tak mengata tapi kita semua manusia yang tak pernah lari dari dosa, termasuk lah sis ni. Kita bila dikurniakan nama yang baik sentiasa lah bersyukur pada Allah yang maha esa tidak dilahirkan dalam kekufuran ataupun nama yang tak elok . Dibawah ini sis n ak kongsikan sedikit nama-nama bagi bayi perempuan. Huruf A je lah mampu lebih lagi tak muat masuk. 


AabidahTekun beribadah
AafiyahSihat, selamat
AairaMulia, dihormati
AaliyaYang mulia, tinggi kedudukannya
AamalHarapan-harapan
AamilahYang melakukan (perkara yang betul)
AamilyYang melakukan (perkara yang betul)
AaminaDapat dipercaya, aman
AathifahBelas kasih, perasaan
AathirahHarum
AazeenCantik
AbadahRajin beribadah
AbadiYang Kekal
AbdaNampak
AbeerHaruman
AbharinaLautan kami
AbirahWangi, harum
AbiyahElok, mulia, lepas dari kehinaan
AbsarinaPenglihatan kami
AbyanaNyata, jelas
AbyatiSebaik-baik sajak
AbyatinaSebaik-baik sajak kami
AdabiahKesopanan, beradab
AdaraPerawan, cantik (Greek)
AdawiyahPenawar, seorang perempuan Sufi
AdeebaBerpengetahuan, beradab
AdeliaKeadilan kita
AdibahBerpengetahuan, beradab
AdidahSepadan
AdilahAdil saksama
AdiraKuat
AdiratnaPermata indah
AdlahKeadilan
AdlinaKeadilan kita
AdniSalah satu nama syurga
AdraPerawan, cantik (Greek)
AdresiaTanda, fenomena
AdrianaNisbah
AdrianiTeguh
AdwaCahaya
AfafKesucian, kemurnian, kesopanan, punya harga diri
AfeefaJujur, tulus
AfeeyaSihat, selamat
AfiaTenaga, kekuatan
AfiahKesejahteraan
AfifaJujur, tulus
AfifahBerbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi
Afina(Orang) yang memaafkan
AfiqahSangat pemurah, sangat berpengetahuan
AflahBeruntung
AfnanPepohonan Yang berbuah, Kecantikan/seri
AfraMalam 13 Purnama
AfrahHiburan, kesenangan
AfraimaSubur
AfrinBeruntung
AfrinaPutih kemerah-merahan
AfruzMenyukakan, menyenangkan
AfwanKemaafan
AfyaTenaga, kekuatan
AfzaMembesar
AhidahJanji
AhlaiahImpian
AhlamPaling sempurna, impian, kesabaran
AidaKeberuntungan, imbalan, hadiah
AidahKembali berhari raya
AilahAhli rumah
AileenCahaya terang
AimanBerkat, Yang bertuah, kanan
AimuniKeberkatan
AimyKeberkatan
AinMata
AinaMempunyai mata yang cantik
AinanMata air
AinaniDua buah mata air
AiniMataku
AiniyahPohon rimbun yang bersemi
Ainul MardhiahNama bidadari yg tercantik disyurga untuk para syuhada
AinunMata
AirisSejenis bunga - iris
AisyahIsteri Rasulullah saw, Hidup bahagia
AiyaniNisbah
AkiaKakak
AkidahKuat, teguh
AkifahWanita yang beri'tikaf di masjid
AkmaPimpinan, Yang sempurna
AlaniKetinggian
AlannaKami melunakkan
AlawiahKetinggian
AldariyaMulia, lemah-lembut
AleesaDilindungi Tuhan
AleeyaTinggi, yang paling mulia
AliahYang tinggi
AlifahRamah tamah dalam bersahabat
AlifatTeman pelipur, mesra
AlilahYang memakai wewangian
AlimahYang berpengetahuan
AlinaSutera syurga, sangat lembut
AlishaDilindungi Tuhan
AliyahTinggi, yang paling mulia
AlmaPandai, terpelajar, yang bergemerlapan
AlmasBerlian
AlmiraPuteri
AlwaniWarna-warni
AlyaKetinggian
AmaliCita-citaku, harapanku
AmaliaCita-cita
AmalinaLanjut usia
AmamiJulanganku, golonganku
AmandaDisayangi
AmaniCita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku
AmaninaCita-cita kami, harapan kami
AmayaHujan malam
AmilaHarapan
AmiliYang melakukan (perkara yang betul)
AmimahTubuh lenjang
AminahBoleh dipercayai
AmiraPuteri, ratu
AmirahPuteri, ratu
AmjadMulia, soleh, lebih mulia
AmmaraYang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
AmnaKetenangan
AmnaniKetenangan
AmniKetenangan, Keamananku
AmniyahCita-cita, hasrat
AmraPuteri
Itu sahaja perkongsian sis pada hari ini tentang nama. Maaf tak semua nama sis boleh letak dalam ni. Insyallah sis akak kongsikan lagi nama-nama baik bagi bayi perempuan dalam posting yang akan datang. Peliharalah nama anda dengan baik dan berkeperibadian seperti nama anda. Yakini diri dan kekal cantik. 

By, yanachedzoy 

1 comment:

  1. Nama yang baik mesti kene peribadi yang baik. Nice one beauty squad.

    ReplyDelete