Saya ingin kongsi tentang kelebihan vitamin E. Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu:-
1) tocopherol (tcp) - kumpulan kimia organik (alpha, beta, gamma, delta)
2)tocotrienol - kumpulan semula jadi (alpha, beta, gamma, delta)
Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? vitamin E ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan
Vitamin E meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti sel membran.
Oleh itu, Vitamin E amat penting bagi anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit..
by:nor ainaa karmilah
No comments:
Post a Comment