Tuesday, 13 December 2016

STEP CARA UNTUK URUT MUKA ANDA SETIAP HARI .


TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH


Bentuk-bentuk muka
sumber: Google Image

PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi dagu atau tips cinta ni? Okey, jom baca info-info berkaitan cara runcingkan muka dan hilangkan double chin.

TIPS KECILKAN PIPI
  • Cara instant adalah teknik make up
  • Tepuk pipi 2-3 minit untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian pipi
  • Urut pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam
  • Rajinlah untuk senyum :)
  • Senaman pipi, sebut huruf a-e-i-o-u
  • Banyakkan senaman harian, lemak-lemak terbakar dengan baik
  • Amalkan diet pemakanan yang betul disamping suplemen tambahan

TIPS HILANGKAN DAGU BERLAPIS
  • Gosok di bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan
  • Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
Menurut senaman dagu epetua.com :

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.

2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

4. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka

5. T menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

6. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

7. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

Sekadar gambar hiasan, Dato' Siti Nurhaliza (kiri) & Marshanda (kanan)
sumber: Google Image

Semua tips ni yang bukan cara pembedahan atau suntik botox tau? Semuanya cara senaman dan diet pemakanan saja. Betulkan niat masa nak buat senaman pipi dan dagu, bukan semata-mata nak cantik kerana manusia, okey? Untuk diri sendiri juga hehe. Sebab tu lah kita perempuan ni kalau boleh, jarang-jarangkan lah tengok gambar wanita cantik, boleh tengok untuk inspirasi, tapi kurang-kurangkanlah sebab apa? Sebab kita manusia biasa, memang akan timbul jauh di sudut hati kita perasaan dengki tau? Lepas tu, kita akan berusaha macam-macam cara pintas untuk jadi cantik. Sanggup berbelanja sampai tahap membazir beli barangan kosmetik, krim pemutih, krim buang lemak, vitamin pemutih, pil-pil kurus, spray pemutih dan sebagainya. Padahal, tiada satu produk di dunia ni pun yang betul-betul selamat dan bagi kesan baik dalam masa yang singkat. Kalau ada pun, tetap juga ada side effect yang kita tidak sedari.

Trend sekarang ni siapa muka runcing, V-shape, dagu runcing, putih gebu dan kurus ramping itulah yang cantik. Seolah-olah definisi cantik zaman moden adalah seorang wanita yang tinggi kurus ramping, bentuk muka yang runcing, dagu runcing, payudara anjal mantap dan kulit licin putih melepak SAHAJA. Macam kejam pulak perumpamaan tu hehe. Tapi, realitinya itulah yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang diri kita yang mencipta definisi cantik adalah yang begitu. Walhal, CANTIK itu adalah sesuatu yang subjektif. Be yourself dan yakin diri cukup sudah menerbitkan kecantikan dalaman dan luaran diri.

Kalau sekadar tengok gambar dah cakap cantik, itu belum cukup memadai sebab sekarang dah banyak teknik edit gambar hehe. Ada juga yang jenis 'photogenic'. Apapun, tak salah kalau nak amalkan sebarang produk kecantikan, tapi biarlah berpada-pada. Janganlah campur adukkan, nanti lain pulak jadinya. Bila tengok iklan produk A, nak jugak guna. Bila tengok si Anu yang cantik putih gebu guna produk B, dia pun nak guna jugak. Bila tengok lagi si Anu yang kurus ramping guna produk C, haaahhh dia pun nak jugak. Hidup biar ada pendirian jugak tau. Kesian kat tubuh badan kita, kalau kulit muka kita pandai bersuara, memang nahas la kau kena teriak hehe. Okeylah, cukup setakat ini tips kita hari ni, diharap dapat membantu, maaf kalau ada ayat yang buat kamu sentap pulak, sekadar perkongsian untuk kebaikan bersama :)

BY ain nadia azlan shah

No comments:

Post a Comment