Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan size payudara. Kadangkala size bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.
Saya yakin ramai wanita diluar sana menghadapi masalah untuk memilih dan membeli bra yang sesuai dan selesa untuk dipakai. jadi di bawah ini saya kongsikan beberapa tips atau panduan untuk memilih dan membeli baju dalam dengan betul.
Untuk Payudara Bersaiz Kecil
- Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
- Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.
Untuk Payudara Pendulous (kebawah)
- Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
- Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.
Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh
- Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.
Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat
- Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.
Cara Memakai Bra Dengan Betul
1) Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu.
2) Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk.
3) Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa.
4) Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.
2) Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk.
3) Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa.
4) Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.
Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam
- Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk.
- Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak.
- Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan.
- Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik.
- Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu, pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.
by:nor ainaa karmilah
No comments:
Post a Comment