Sembelit atau lebih mudah orang selalu sebut susah BAB (Buang Air Besar) memang mengesalkan dan mengatasi sembelit harus segera dilakukan. Sembelit ini boleh disebabkan kerana usus kita mengandung lebih sedikit air dari biasanya. Namun, ada juga yang disebabkan kerana ubat-ubat tertentu, sembelit sendiri adalah keadaan dimana kita jarang buang air besar kerana tinja yang keras dan kering sehingga susah keluar serta menimbulkan rasa sakit saat ingin dikeluarkan. Dalam bahasa kedokteran, sembelit ini disebut juga konstipasi.
Orang dewasa disebut mengalami sembelit jika tidak BAB selama 3 hari berturut-turut atau kurang dari 3 kali dalam waktu seminggu. Bagi anak-anak dikatakan mengalami sembelit jika mereka tidak BAB selama 5 hari atau lebih. Berikut beberapa penyebab sembelit:
- Kurang minum.
- Makan makanan yang kurang serat.
- Pergerakan tinja pada usus yang berlangsung lambat.
- Penyakit atau kelainan lain seperti kanser usus besar, penyempitan usus besar, dan sebagainya.
- Penyakit yang mempengaruhi hormon.
- Masalah pada saraf di sekitar rektum atau usus besar.
Jadi segera la kita mengatasi sembelit dengan segera. Lebih baik kita mengatasinya secara tradisional dari moden kerana ubat tradisional lebih efektif pada tubuh badan.
by:nor ainaa karmilah
No comments:
Post a Comment