Sunday, 11 December 2016

RAHSIA KECANTIKAN WANITA JAWA


RAHSIA KECANTIKAN WANITA JAWA

Salam semua. Hari ni sis nak menceritakan tentang kecantikan wanita jawa. Disini sis nak tekankan yang semua wanita tak kira wanita asia atau eropa semuanya mempunyai kecantikan tersendiri. Tiada ada istilah mana lagi cantik atau tidak. Cuma sis nak tekankan sedikit sahaja tentang kecantikan wanita jawa. Sis tak sangkal lah yang wanita asia ni semuanya memang cantik-cantik.



 Wanita jawa adalah ,salah satu wanita asia yang membuakan wanita di Eropa dan Amerika merasa cemburu dan iri hati  Wanita Jawa yang terkenal dengan kecantikan kulit dan keindahan rambut yang hitam pekat nan menawan tak boleh disangkal lagi , dua komponan fisikal tersebut sering membuat wanita Eropa dan Amerika mahupun wanita asia yang lain ingin mendapatkan rahsia mempersona wanita Jawa.

Sebenarnya bukan lah sis nak perasan atau apa pun, ibu sis memang berketurunan jawa, jawa ponorogo. Memang diakui wanita jawa ni banyak pantang larang, mama sis memang cantik dan sangat menjaga kecantikan wajah dan badannya. Mungkin sebab sis ni mixkan jadi tang badan tu tak berapa nak ikut. Hahahaha. tapi sis akan cuba untuk tidak memalukan kaum wanita jawa dengan menurunkan berat badan sis.



 Berbalik pada wanita jawa, wanita Jawa menjadi contoh kecantikan kaum hawa asli indonesia. Bentuk wajah yang ideal, senyuman ramah, warna kulit sawo matang dan kuning langsat membuatkan wanita jawa mempunyai kecantikan yang hebat, sama seperti wanita melayu. Selain itu, rambut hitam pekat dan terurai panjang serta bersinar yang dimiliki sebagian besar wanita jawa di indonesia dan Malaysia telah membuat wanita jawa diperakui dunia sebagai Etnis wanita tercantik di Asia.



Salah satu kunci dan rahsia wanita jawa kekal kelihatan cantik dan menawan adalah dengan menjaga kesihatan dalaman dan wajah secara natural. Wanita jawa sangat menitik beratkan soal pantang larang nenek moyang mereka. Masyarakat jawa tidak hanya terkenal dengan pengunaan jamu sebagai ramuan utama, mereka juga terkenal dan kaya dengan rempah- ratus dan akar kayu yang dijadikan kecantikan wajah seperti, kunyit, daun sirih, serai, halia, akar kayu tradisional dan sebagainya.




Wanita jawa juga mengamalkan mandian susu bagi mengekalkan awet muda dan melembutkan kulit serta memutihkan kulit. Mandian lulur juga sangat penting bagi wanita jawa . Scrub wanita jawa iaitu lulur badan bukan sahaja menghaluskan kulit juga mengwangikan kulit mereka. Selain itu mandian bunga bagi menaikan seri wajah serta badan diamalkan selalu. 7 bunga berserta 7 kolah air masjid menjadi kegunaan wanita bagi menaikan aura mereka. 


Sampai disini sahaja sis berkongsi rahsia kecantikan wanita jawa. Sis pun nak kene cuba semua petua ini agar kelihatan cantik dan mempersona seperti mereka. Sis harap anda semua mendapat sedikit ilmu dan tips dari perkongsian sis pada hari ini.  Yang penting yakin pada diri dan kekal cantik. 

by, yanachedzoy

3 comments:

  1. ye ke perempuan jawa paling cantik. Melayu pun cantik juga. tapi rahsia tue boleh ikut...

    ReplyDelete
  2. sekadar perkongsia. Betul tu, wanita melayu pun sangat cantik

    ReplyDelete
  3. Tak dinafikan betul sis wanita jawa memang cantik cantik dari tubuh, wajah dan rambut mereka

    ReplyDelete