Ulser mulut ataupun juga dikenali sebagai bibir pecah boleh berlaku pada bahagian gusi, bibir, pipi dan mahupun tekak. Ulser mulut ini, walaupun sangat tidak menyenangkan, ia biasa akan sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu atau dua.
Namun, disebabkan ianya sangat memedihkan dan menyukarkan kita untuk menikmati makanan/minuman kegemaran. Oleh itu, kita lebih cenderung untuk mencari cara merawat ulser mulut ini secepat yang mungkin.
Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara merawat ulser mulut dengan berkesan. Secara ringkas, ini adalah beberapa segmen artikel ini:
- Rawatan Tradiosional/Remedi
- Rawatan Ubat-Ubatan
- Cara Mencegah
- Bila Perlu Berjumpa Doktor
- Tips Tambahan
Bersedia? Okay jom baca seterusnya di bawah.
Kandungan [tunjukkan]
Merawat Ulser Mulut Dengan Rawatan Tradisional/Remedi
Ulser mulut bukanlah satu jenis penyakit yang baharu, oleh itu sudah banyak kaedah rawatan tradisional yang berkesan. Berikut adalah beberapa cadangan remedi yang anda boleh amalkan.
1. Berkumur Air Garam
Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut.
Kaedah ini berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak.
Cara menggunakannya adalah:
- Sediakan 1 sudu teh serbuk garam dan segelas air
- Masukkan garam tersebut dan kacau sehingga sebati
- Berkumur air tersebut, 3 kali sehari
Alternatif kepada garam adalah baking soda.
Penting! Jangan minum air garam tersebut.
2. Gunakan Mouthwash
Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan mouthwash seperti Listerine atauColgate Plax untuk menghilangkan ulser mulut. Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan mouthwash, seperti biasa, berkumur kemudian ludah.
Berkumur sebanyak 2-3 kali sehari, dan yang paling penting adalah jangan telan air mouthwash itu.
Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu gaggle mouthwash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.
3. Gunakan Lemon Atau Limau
Perah sedikit jus lemon/oren/limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas.
Ulangi cara ini sebelum dan selepas anda makan makanan berat.
4. Kurangkan Rasa Sakit
Jika perlu, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, ataupun sapu benzocaine gels untuk melegakan kesakitan/kepedihan.
Alternatif, anda boleh menggunakan ketulan ais. Letakkannya pada ulser, dan biarkannya cair di dalam mulut anda. Ia boleh memberikan rasa numb di tempat ulser tersebut dan kurangkan rasa sakit. Cara ini adalah bersifat sementara sahaja.
Merawat Ulser Mulut Dengan Ubat-Ubatan
Jika kaedah remedi tidak memberikan kesan yang anda mahukan, sebaiknya anda mula menggunakan ubat-ubatan komersil dan dari farmasi.
1. Dapatkan Mouthwash Secara Preskripsi
Selain daripada mouthwash yang biasa seperti Listerine, terdapat juga beberapa jenis mouthwash secara preskripsi doktor. Dengan nasihat doktor, anda boleh mendapatkan sama ada Dexamethasone atau Tetracycline.
2. Gunakan Gel Sapuan
Dalam pasaran Malaysia, produk gel sapuan untuk melegakan ulser mulut adalah keluaran Bonjela.
Gel bonjela mengandungi satu bahan antiseptik yang dikenali sebagai Cetalkonium Chloride, yang mana boleh melawan sebarang jangkitan kuman di dalam mulut. Ia juga mengandungi Choline Salicylate, iaitu bahan yang memainkan peranan untuk melegakan kesakitan dan keradangan ulser mulut.
Cara menggunakan Bonjela adalah dengan menyapu gel tersebut pada tempat ulser 3 kali sehari. Semasa menyapu, anda akan merasa pedih, tetapi kesakitan tersebut akan berkurangan mengikut masa. Kemudian, anda akan rasa kebas.
Anda boleh mendapatkan Bonjela ini di mana-mana farmasi berdekatan. Selain Bonjela, HalalGel turut ada mengeluarkan produk yang sama, jika anda berminat.
Mencegah Ulser Mulut Daripada Berlaku
Setelah mengetahui bagaimana untuk merawat ulser mulut, kemudian adalah terbaik bagi anda untuk mengetahui bagaimana untuk mencegahnya daripada berulang lagi. Berikut adalah beberapa cadangan.
1. Menjauhi Faktor Penyebab Ulser Mulut
Ulser mulut ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Jika anda kerap mendapat masalah ini, sila lakukan perkara berikut:
Berus gigi dengan lebih berhemah, tidak terlalu kasar. Anda dinasihatkan untuk menggunakan berus gigi yang lebih lembut, untuk mengelakkan daripada berlaku pendarahan pada gusi. Kemudian, floss setiap hari.
Bertukar ubat gigi. Sesetengah ubat gigi atau mouthwashes mengandungi sodium lauryl sulfate boleh menyebabkan ulser mulut. Jika anda mendapati ubat gigi anda menjadi penyebab kepada masalah ini, sila bertukar ubat gigi yang lain.
Relaks, jangan tertekan. Kebanyakan orang mengalami masalah ulser mulut semasa mereka tertekan (dari segi emosi). Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengawal tekanan diri, sila baca post ini.
2. Awasi Diet Dan Pemakanan
Diet dan pemakanan memainkan peranan yang penting kepada kesihatan anda. Berikutadalah beberapa cadangan untuk mengelak daripada berlakunya bibir pecah ini:
Elak makanan pedas dan berasid. Hal ini kerana ia boleh memudaratkan keadaan. Cili dan air bersoda juga perlu dielakkan. Malah, sayur dan buah seperti lemon, oren dan nanas juga perlu dikurangkan.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan B12, zink, zat besi dan asid folik semasa anda mengalami ulser mulut. Anda boleh mengambil supplement vitamin untuk mendapatkan semua vitamin dan nutrient tersebut.
3. Rawat Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Ulser Mulut
Ulser mulut yang normal, biasanya akan berlaku sebanyak 3-4 kali setahun, akan berterussan selama seminggu dua, dan tidak berkait dengan apa-apa jenis penyakit yang lain.
Namun, kalau anda mengalami masalah ulser ini sangat kerap, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang lain. Dalam kes ini, adakah anda mengalami sistem imun yang lemah? Adakah anda mengalami penyakit saluran gastrousus?
Hal ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan ulser mulut. Oleh itu, adalah terbaik anda sembuhkan pernyakit berkenaan terlebih dahulu.
By, Deena Maisarah.
By, Deena Maisarah.
No comments:
Post a Comment