Sunday, 11 December 2016

CARA PAKAI TUDUNG DENGAN SUBANG

CARA PAKAI TUDUNG DENGAN SUBANG 


Salam semua. Hari tu sis ada ajar cara nak pakai tudung dengan rantaikan. Hari ni sis nak ajar macam mana cara anda nak pakai tudung dengan subang pulak. Kalau anda tak ada lubang tindik kat telinga pun jangan risau sebab anda boleh cucuk kan pin subang tu pada inner neck anda. Selalunya gaya seperti ini dikenakan bagi wanita-wanita berkerjaya dan nak nampak vouge. Jujur cakap sis memang tak pernah try style ni sebab pipi sis tembam jadi tak berani nak pakai gaya seperti ini sebab sis tak ada dagu lonjong, tapi kalau anda berani kenapa tidak, gaya ini sangat trendy dan menarik juga stylo sangat, Gaya seperti ini sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai wajah runcing. Dibawah sis ajarkan langkah- langkah dan cara nak memakai tudung berserta subang.

Langkah 1
  • Pakai inner neck terlebih dulu.
Langkah 2
  •  Kemudian pakai shawl sebelah pendek dan sebelah panjang. Pinkan di belakang.
Langkah 3
  • Lekatkan subang/earing/anting-anting anda pada shawl di bahagian telinga. Pastikan anda pakai pada bahagian tudung yang lebih pendek.
Langkah 4
  • Ambil tudung yang panjang, bawa ia ke bawah tudung yang pendek tu, lepastu tarik ke atas kepala seperti biasa. Pastikan subang/earing tu tak terlindung.
Langkah 5
  • Untuk membuat sedikit layer di kepala, lipatkan sedikit tudung sehingga beberapa layer yang anda suka.
Langkah 6
  • Pinkan tudung di sisi. Kemaskan tudung anda mengikut keselesaan anda dan siap !
Mudah sahajakan. Dibawah ini sis selitkan video bagi yang betul- betul perlukan cara teliti bagi memakai tudung berserta subang. Yakini diri dan kekal cantik. Selamat mencuba !


Video cara memakai Tudung berserta subang. 

by, yanachedzoy

1 comment:

  1. Boleh try lepas ni... Cuma tak rimas ke pakai subang pada tudung plus tak senang tercabut ke kalau sangkut kat inner neck

    ReplyDelete