Tuesday, 13 December 2016

Pegalaman dan kelebihan carbon peel laser

RAWATAN CARBON LASER PEEL DI PREMIER

Pada 5 Februari yang lalu, nadia  ada buat appointment untuk rawatan percuma dengan Premier Clinic di Taman Tun Dr Ismail pada jam 10 pagi. Hmm nadia  ni memang la tak berapa tahu sangat jalan pergi sana. Kalau Ikea nadia tahu. hehehe.. so nadia  pujuk iman  temankan . So, pagi tu kami gerak awal dari Beranang ke TTDI. Time pagi agak jem sikit dengan orang nak pergi keje kan. Alhamdulillah nadia sampai awal di klinik berkenaan.

Korang pernah dengar Premier Clinic? Ok ni bukan sebarang klinik biasa tau. Premier Clinic merupakan klinik aesthetic terkemuka di Malaysia untuk bertujuan seseorang memerlukan kecantikan dari dalaman sehinggalah di luaran. Untuk pengetahuan korang, di Premier Clinic menyediakan pelbagai perkhidmatan kecantikan menggunakan laser seperti menghilangkan jerawat, parut jerawat, untuk kuruskan badan dan macam-macam lagi. Korang nak tengok apa lagi perkidmatan yang disediakan di PERKHIDMATAN PREMIER CLINIC.

Masa nadia dapat jemputan dari pihak Premier Clinic ni mama macam tak berani nak pergi.. Yer lah rawatan menggunakan laser. Mana lah nadia  berani. jangan tak tahu even nadia nak facial muka pun nadia  tak pernah sebab nadia  "geli" orang urut2 muka nadia.. hahahah sila lah gelak. Nadia fikir benda orang tawar sekali seumur hidup kan baik nadia cuba. Cuak memang lah cuak laser kut kan.. Takper nadia berani untuk mencuba sesuatu yang baru mana la tahu kulit muka nadia makin elok lepas treatment tu.

Sebelum nadia jumpa dengan Doctor Elaine Chong, macam biasa nadia  diberi keterangan dari Miss Kay untuk sign agreement sebelum memulakan rawatan laser tersebut. Selepas selesai semua tu baru nadia masuk jumpa doc Elaine. Doc Elaine berikan sedikit penerangan ringkas tentang kulit muka nadi  yang mempunyai bekas parut hitam, pigmentasi, noda kulit yang tidak sekata dan jeragat. Beliau mencadangkan nadia  mendapatkan rawatan Carbon Laser Peel. Carbon Laser Peel menggunakan Medlite C6 Laser merupakan teknologi laser terkini di pasaran dan selamat untuk semua jenis kulit. Ok dengar jer laser terus nadia  tanya doc sakit tak? Hahaha jangan takut tak sakit sebab doc akan berikan ubat kebas dimuka sebelum mendapatkan rawatan laser berkenaan.

Kelebihan rawatan Carbon Laser Peel :
*Memutihkan kulit wajah
*Mengurangkan noda kulit yang tidak sekata
*Menyingkirkan parut gelap
*Menghilangkan jeragat dan pigmentasi
*Mengurangkan kedutan dan liang pori terbuka di muka
Korang nak lebih info tentang rawatan carbon laser peel boleh tekan link ni CARBON LASER PEEL

No comments:

Post a Comment