Sunday, 11 December 2016

KETAHUI RAHSIA MATA SEORANG WANITA


KETAHUI RAHSIA MATA SEORANG WANITA


Salam semua. Hari ni sis nak menceritakan sedikit tentang rahsia mata seorang wanita. Bagi wanita seperti kita mempunyai sepasang mata yang cantik adalah penting bagi keyakinan diri. Alhamdulilah mata sis dapat melihat dengan baik. Dulu waktu sekolah sis selalu rasa kurang bersyukur sebabnya mata sis chocolate tak macam kakak sis, mata dia hijau. Ayah sis mempunyai sepasang mata yang sangat menawan. kelabu hijau, dan disebabkan itu lah sis selalu sedih sebabnya tak memiliki mata macam ayah sis. Sis suka pakai contact lens berwarna bagi menampakkan mata sis ala-ala ayah sis.


 Namun bila sis mula membesar dan mengenal dunia, sis mula merasakan yang mata sis cukup cantik walau warna apa pun mata sis, Sis rasa bersyukur sekurang-kurangnya sis tak buta atau cacat. tapi sis masih lagi pakai contact lens lah. Saja-saja bagi menyerikan wajah, tapi sis still suka mengayakan mata sisi sendiri. Bahagian mata merupakan salah satu anggota berharga bagi setiap wanita. Mata adalah mahkota wanita. Kerana mata lah ia jatuh kehati, kerana mata lah hati berdegup kencang. Ingin mendekati seseorang gadis haruslah ketahui rahsia disebalik mata wanita. Dibawah sis sertakan keperibadian mengikut saiz dan betuk mata;-


#1 Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

#2 Saiz mata sedang 

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

#3 Saiz mata lebar 

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

#3 Mata selalu berkedip 

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

#4 Mata jarang berkedip 

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

#5 Mata cengkung 

Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

#6 Mata redup 

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

#7 Matanya seolah tersembul keluar 

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Ini hanya sekadar kajian, sama ada mahu percaya ataupun tidak itu terpulang. Yang penting cintai wanita sepenuh hati anda. Bagi sis tak perlu percaya sangat pun benda-benda macam ni. Keperibadian seseorang itu atas diri dia sendiri dan hati dia. tak ada kene mengena pun dengan bentuk mata ke bentuk bibir ke apa ke. Sayangi diri sendiri dan sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik dari hari ini. Yakini diri dan kekal cantik. 

Disini sis nak share video 10 mata wanita tercantik didunia. Enjoy!!!

by, yanachedzoy 


CARA PAKAI TUDUNG DENGAN SUBANG

CARA PAKAI TUDUNG DENGAN SUBANG 


Salam semua. Hari tu sis ada ajar cara nak pakai tudung dengan rantaikan. Hari ni sis nak ajar macam mana cara anda nak pakai tudung dengan subang pulak. Kalau anda tak ada lubang tindik kat telinga pun jangan risau sebab anda boleh cucuk kan pin subang tu pada inner neck anda. Selalunya gaya seperti ini dikenakan bagi wanita-wanita berkerjaya dan nak nampak vouge. Jujur cakap sis memang tak pernah try style ni sebab pipi sis tembam jadi tak berani nak pakai gaya seperti ini sebab sis tak ada dagu lonjong, tapi kalau anda berani kenapa tidak, gaya ini sangat trendy dan menarik juga stylo sangat, Gaya seperti ini sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai wajah runcing. Dibawah sis ajarkan langkah- langkah dan cara nak memakai tudung berserta subang.

Langkah 1
  • Pakai inner neck terlebih dulu.
Langkah 2
  •  Kemudian pakai shawl sebelah pendek dan sebelah panjang. Pinkan di belakang.
Langkah 3
  • Lekatkan subang/earing/anting-anting anda pada shawl di bahagian telinga. Pastikan anda pakai pada bahagian tudung yang lebih pendek.
Langkah 4
  • Ambil tudung yang panjang, bawa ia ke bawah tudung yang pendek tu, lepastu tarik ke atas kepala seperti biasa. Pastikan subang/earing tu tak terlindung.
Langkah 5
  • Untuk membuat sedikit layer di kepala, lipatkan sedikit tudung sehingga beberapa layer yang anda suka.
Langkah 6
  • Pinkan tudung di sisi. Kemaskan tudung anda mengikut keselesaan anda dan siap !
Mudah sahajakan. Dibawah ini sis selitkan video bagi yang betul- betul perlukan cara teliti bagi memakai tudung berserta subang. Yakini diri dan kekal cantik. Selamat mencuba !


Video cara memakai Tudung berserta subang. 

by, yanachedzoy

5 LANGKAH LENTIKKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA


5 LANGKAH LENTIKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA


Salam semua. Bila cerita pasal bulu mata, Alhamdulilah sis dikurniakan dengan bulu mata yang panjang dan lentik sedikit. Kalau pakai maskara tu memang panjang dan lentik tak payah nak dikatalah. Namun tak semua orang dikurniakan dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk melentikkan dan memanjangkan bulu mata. Tak perlu nak tanam atau pergi ke salun-salun mahal bagi memanjang atau melentikan bulu mata kita. Kita perlu usaha sedikit sahaja bagi mendapatkan bulu mata yang idel. Kata orang tue mata mahkota wajah kita jadi selain menjaga mata menjaga permata mata kita pun perlu dititik beratkan,


1. Sikat Bulu Mata Dengan Kerap

Sikat bulu mata? Sis pun mula- mula terkejut. Boleh pulak sikat buku mata. Patutlah ada sikat kecil macam dalam gambar itu rupanya untuk sikit bulu mata. Sikatlah bulu mata dengan kerap, kalau boleh tiga kali sehari bagi mendapat efek yang cepat dan berkesan 


2. Sapukan Vaseline Setiap Hari

Tak mahal dan tak menyakitkan. Sapukan vaseline setiap hari sebelum tidur bagi mendapat hasil yang terbaik. Product 'petroleum jelly' sangat membantu dalam pertumbuhan bulu mata. Sapukan vaseline pada mata mengunakan berus maskara atau pun cotton bud.


3. Gunakan Minyak Semula Jadi

Selain daripada vaseline, anda juga boleh mengunakan minyak semula jadi seperti, minyak zaiton, minyak jojoba, minyak kelapa dan minyak castor bagi memanjangkan bulu mata memandangkan ia mengandungi mineral, vitamin dan juga ajen memanjang. Ia bukan sahaja membantu dalam memanjang dan melebatkan bulu mata , ia juga bantu dalam melembapkan mata kita terutama yang kurang tidur dan minum air. 



4. Menekap Teh Hijau Pada Mata

Jika anda kurang gemar mengunakan minyak bagi menekap mata anda, gunakan uncang teh hijau dan tekapkan pada mata anda semalaman. Jika tidak boleh juga mengunakkan cotton swap yang dicelup dalam pati teh hijau dan letakkan pada mata anda. 


5. Makan Biotin Dan Vitamin E

Akhir sekali, memakan makanan yang mengandungi biotin atau lebih di kenali sebagai vitamin B complex dan vitamin E. Ia berkesan bukan sahaja untuk memanjangakan bulu mata, juga boleh menyihatkan rambut terutama rambut yang mengalami masaalah gugur. 

Itu adalah sebahagian cara dan langkah bagi merawat dan memanjangkan bulu mata yang pendek dan kurang lebat/ lentik. Harapan sis post hari ini sedikit sebanyak memberi imnu dan juga membantu anda semua. Kekal yakin dan kekal cantik 

By, yanachedzoy


THE STORY OF EYELINER



Salam semua. Hari ini sis nak menceritakan sikit tentang gaya, cara dan tips dalam pemakaian eyeliner. Sis memang mengila bila pakai eyeliner. Sis suka bila pakai eyeliner ada cat wing sikit. Panjang macam cleopatra pun sis suka yang penting mata sis nampak vouge you alls. Sis cuma kadang-kadang tue bila nak pakai nipis je sebenarnya tapi entah macam mana boleh tertebal pula. Sis pun menyampah kalau terkeatas sangat atau tak sama rata eyeline kanan and kiri. Namun demi mata yang menawan gitu sis belajar tips dan cara nak pakai eyeliner dengan betul. Antara pencil dan yang cecair atau cream sis lebih memilih cecair dan cream sebabnya sis rasa cream dan cecair lebih mudah nak pakai and bentukkan. 



Eyeliner memainkan peranan dalam pemakaian make- up. Ada sesetengah orang suka pakai make up simple je. Dalam tiga pemilihan make up simpel eyeliner selalunya menjadi pilihan ramai kerana ia memberi impak maksimum pada muka kita. Macam dalam gambar di atas mesti selalu berlaku pada kita betul tak?? (Maaf atas kekasaran bahasa pada gambar rajah diatas) Sebab itu lah pentingnya pemilihan eyeliner dan mesti tahu cara nak pakai. Gaya eyeliner ada banyak cara dan gaya, Semuanya ada step yang perlu diikuti. Cantik sangat setiap gaya eyeliner jika betul digayakan dengan make up kita. 

Cantikan? Selalunya sis buat gaya basic dan luxe itu sahaja. Yang lain tue tak pastilah boleh ikut atau tidak. Hahaha. 

Ada satu cara yang sis selalu cuba utuk mendapatkan eyeliner sempurna. Sis guna selotep. Selotep senang digunakan pada mata untuk mendapatkan garis sempurna. Cuma jangan guna selotep yang banyak sangat gam, Pastikan dia tak ganggu eyeshadow kita, Sis selalu pilih yang jenis kertas sebab dia tak ganggu eyeshadow sis. 






Ini adalah langkah-langkah bagi pemakaian eyeliner yang simple dan mudah . Gaya ini basic dan sesuai dikenakan setiap hari untuk segala jenis acara. Namun kita perlu tahu yang tak semua gaya sesuai untuk semua jenis bentuk mata. Ada mata yang perlu mengunakan sesetengah jenis lukisan eyeliner bagi membesarkan mata atau bagi mengecilkan sedikit mata, Kerana kita semua mempunyai pelbagai jenis bentuk mata 'try an error' adalah perlu bagi mendapatkan gaya celak mata yang sesuai. 


CARA MEMAKAI EYELINER
  •  Tarik garis pada kelopak mata anda dari bahagian dalam ke hujung bahagian luar mata (bahagian tangan yang lain sambil menarik hujung kelopak mata agar lebih mudah masa nak apply dan memberi garis eyeliner lebih lurus). 
  • Apply eyeline secara berulang2 untuk kedua kalinya. Mulakan dari bahagian tengah mata hingga ke bahagian hujung mata. Bagi yang nak buat style cat eyes atau bergaya K-Pop. tarik yang hujung meruncing ke arah atas.
  • Untuk bahagian bawah mata, apply pencil eyeliner dengan cara menarik hujung kelupak mata bahagian bawah. Time apply pencil eyeliner, bukalah mulut anda so that otot2 mata menjadi lebih kemas dan usap hujung pensil dengan kapas supaya lebih lembut masa apply ke bahagian mata.


  

Nak tarik mata? macam mana nak tarik... jap...tengok gambar kat bawah ni...


Selain cara di atas, anda juga boleh mencuba menggunakan cara dengan memakai eyeliner yang sesuai dengan diri anda dengan jenis eyeliner berikut:
  • Anda boleh apply pencil eyeliner dengan cara menarik kelopak mata mengarah ke atas agar lebih mudah masa nak membentuk garisan pada mata. Lepas tu buatlah garis sedekat mungkin dengan garis bulu mata, supaya nampak lebih natural dan bentuk mata akan terlihat lebih tegas.
  • Kalau dalam kes nak apply liquid eyeliner atau eyeliner cair pulak, anda boleh mencuba dengan memastikan terlebih dahulu, sama ada bulu2 berus nak apply tu tergumpal ke tak, ada sisa baki eyeliner yang dipakai sebelum ni yang dah keras ke tak sebelum nak apply. Bersihkan dulu yer. Lepas pada tu, masa nak buat garisan, ensure tangan anda tak bergetar atau bergoyang, kalau tidak memang comot, Nak senangkan kalau nak buat garis yang kemas. Anda boleh buat tanda titik pada sepanjang garis mata. Lepas tu barulah sambut dot dot dot tu dengan buat garis dalam sekali gerakan lurus. 
  • Kalau anda ada pencil eyeliner yang cair pula, cara pun hampir sama dengan liquid eyeliner. Bezanya, kemasan pencil eyeliner yang cair lebih mudah dan praktis. Eyeliner bentuk gel pun senang, colek sedikit sahaja. Lepas itu senang nak lukis. Biasanya eyeliner bentuk gel ni senang nak buat garisan yang runcing dan tipis. Cara pemakaian eyeliner gel lebih kurang sama juga dengan liquid eyeliner. 

Itulah cara2nya nak pakai eyeliner , dan kalau nak lebih jelas boleh search kat YouTube, memang banyak tutorial. Sis rasa dah banyak sis share tentang eyeliner/celak. Pastikan untuk mencuba semua tips yang diajar. Kalau ada lagi tips dan cara kongsikan diruangan comment dibawah.  Gayakan diri kita dengan keyakinan dan kekal cantik.



     Disini  sis Share satu video sis suka tgk utk lukis eyeliner

By, yanachedzoy

Saturday, 10 December 2016

MENEGANGKAN PAYUDARA YANG KENDUR


CARA MENEGANGKAN KEMBALI PAYUDARA KENDUR SECARA TRADISIONAL

Salam semua. Hari ni sis nak sentuh satu topic yang agak sensative atau kata orang itu subject 'TABOO'. Namun sebagai wanita sis rasa kita perlu ambil tahu dan penitik beratkan soal payudara kita memandangkan ia adalah bahagian yang sangat penting pada wanita bagi keyakinan diri dan juga bagi menghadapi suami kita. Mempunyai payudara yang besar sangat mudah bagi wanita untuk menhadapi masaalah payudara kendur. Selalunya masaalah ini timbul apabila berlalu perubahan hormon waktu mengandung. Namun bagi wanita yang belum berumah tangga jangan ingat payudara tidak boleh mengendur.


Memilih baju dalam yang salah atau kerap tidak memakai pakaian dalam boleh menyebabkan kendur pada wanita berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Ramai wanita diluar sana mengunakan product dan juga suntikan yang merbahaya bagi menegang dan juga membesarkan payu dara mereka, Tindakan ini sangat merbahaya dan boleh menyebabkan penyakit kenser payudara dalam jangka masa panjang. Seram sis bila memikirkan side efek pada payudara kita jika mengunakan product yang salah. Jadi disini sis ingin berkongsikan sedikit tips bagi menegangkan payudara secara tradisional. 


1. Urutan payudara bagi mempercepatkan process penegangan payudara.

Urut buah dada anda dengan kedua- dua belah tangan secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari dengan aturan yang betul setiap kali selepas mandi dan juga sebelum tidur. Ada pendapat yang menyarankan mengunakan ais dalam urutan bagi menegangkan lagi buah dada. Matode ini di panggil Ice Massage. Matode atau cara ini sangat efectif kerana ia akan mengkenyalkan buah dada kita yang lembik.

Berikut adalah cara-cara mengurut buah dada secara tradisional mengunakan Ais:-

i) Ambil dua biji ais dan urutkan pada buah dada secara melingkar selama 1 minit.
ii) Keringkan buah dada mengunakan tuala kering dan segara memakai pakaian dalam yang      bersesuaian dengan buah dada kita
iii)Ambil posisi berbaring selama 30 minit
iv) Lakukan sekali atau dua kali sehari bagi kesan yang efectif. 

Perhatian: JANGAN MENGURUT AIS LEBIH DARI 1 MINIT KERANA BOLEH MENGAKIBATKAN SESAK NAFAS ATAUPUN KEKEJANGAN.

2. Gunakan Mask Tradisional atau buatan sendiri.

Ada beberapa bahan natural yang boleh digunakan bagi menegangkan payudara. Menghancurkan bahan-bahan tersebut lalu menyapukan bahan tersebut pada payudara dapat menengangkan payudara yang kendur. Salah satu masker yang dapat dibuat sendiri ialah Mask kacang panjang. 

Masker Kacang Panjang 

1. Bersihkan 150 gram kacang panjang dan tumbuk atau blander hingga hancur.
2. Taumkan buah dada selama 1 minit dengan air suam/panas bagi melancarkan pengaliran darah
3.Sapukan masker tersebut pada keseluruhan buah dada dan tunggu kering
4. Bersihkan dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih dan lembut.

Masker Timun dan Telur

1. Blender timun bersama telur 
2. Masukan 1 sudu mentega atau krim 
3.Sapukan pada keseluruhan payudara dan biarkan selama 30 minit 
3. Bersihkan dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala 

Pastikan bahan- bahan yang digunakan bebas toxic dan kalau boleh gunakan bahan organik. 

3. Menegangkan payudara dengan Senaman dan Yoga

Terdapat beberapa jenis senaman dan yoga yang boleh membantu dalam menegangkan kembali payu dara dan juga mengelak dari terjadinya pengenduran payudara. Senaman yang teratur dapat memastikan kita memiliki buah dada yang montok dan seksi. Antara senaman yang berkesan adalah berlari dan joging. Memakai baju dalam yang bersesuaian dengan saiz dan bentuk buah dada memainkan peranan penting selain senaman dan juga tips- tips lainnya, Usaha dalam memiliki payudara yang unggul bagi keyakinan yang hebat . Sis harap posting hari ini dapat membantu anda semua dalam mengembalikan keyakinan diri. Jika ada penambahan dalam cara atau tip sila comment dibawah agar kita dapat berkongsi ilmu bersama. Sekian Terima Kasih . Yakin dan kekal cantik. 

By, YanaChedzoy

6 LANGKAH MUDAH MENGAYAKAN TUDUNG BERSAMA RANTAI


6 LANGKAH MUDAH DAN PANTAS UNTUK MENGAYAKAN SELENDANG BERSAMA RANTAI


Salam semua. Hari ni sis nak ajar you guys cara nak pakai tudung dengan rantai. Selalunya style macam ni sesuai digunakan untuk keluar pergi dinner, class, dan mana-mana pun boleh. Memandangkan kita yang bertudung ini susah untuk mengaya kan rantai adalah sangat berguna bila ada cara untuk mengunakan rantai walaupun kita mengunakan tudung, Sis jarang buat style macam ini, tetapi sesekali berubah arah apa salahnya. Betul tak?. 



Style tudung ini menunjukkan cara menggayakan shawl yang menutup dada bersama rantai. Selain itu, rantai yang digayakan pasti tidak merimaskan kita kerana ia digayakan secara longgar. Sis yakin dengan cara ini,kita pasti kelihatan menawan dengan penampilan ini kerana ia menambah lagi seri pada penggayaan pakaian kita. Cubalah tutorial ini untuk melihat sendiri efeknya pada penampilan awak kat luar sana yang nak cuba gaya baru.



Rantai yang sesuai
Rantai yang sesuai ialah yang sederhana besar. Rantai yang terlalu besar akan merimaskan kita dan membuat penampilan kita kelihatan terlalu serabut. Sis lagi suka rantai yang panjang macam gambar diatas ini.

Padanan yang sesuai
Korang semua boleh memadankan penggayaan ini dengan blaus bersama skirt atau seluar, gaun mahupun baju kurung atau jubah. Ianya mengikut kesesuaian keadaan atau majlis yang kita  ingin hadiri.


Harapan sis, info diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda semua kat luar sana untuk tampil bergaya dengan acssesori walaupun anda semua bertudung. Yakin dan kekal cantik.

by, Yanachedzoy


PERBAIKI BEDAK COMPACT,BLUSHER DAN EYESHADOW

Salam semua. Hari-hari sabtu macam ni selalunya sis malas nak gi mana-mana. Sis suka duk rumah bersihkan barang-barang make up sis and kemas-kemas rumah. Anak-anak sis pun suka tidur je time-time macam ni. Jadi nak masak tengah hari pun sis tak kuasa, Hahaha , tak ada lah , sis joking je. Masak juga lah malas- malas pun. Okey lah dah melalut ni, sebenarnya pagi tadi time nak pakai bedak compact masa nak keluar sis terkejut sebabnya masa nak bukak bekas bedak itu tiba-tiba bedak compact sis pecah berderai. 
Ni kerja tak ada orang lain, memang hero sis seorang itu, Adam Iz'ryan punya kerja. Sedihnya sis bukan main lagi, ye lah bedak compact bukannya murah, Jadi sis pun fikirlah cara macam mana nak baiki bedak compact sis ni, Sis teringat aunty sis pernah ajar macam mana nak betulkan blusher sis yang pernah pecah dulu. Mudah dan senang sahaja caranya. Tak perlu panic pun bila perkara- perkara macam ini berlaku, tak perlu nak marah anak kita kalau barang kita dipecahkan. Mudah je. Bukan utuk Bedak compact sahaja, malah untuk blusher and eyeshadow pun boleh kita gunakan cara ini. Ikut cara-cara yang sis ajar kat bawah ni:- 


1. Alas Bekas bedak kita dengan plastik atau pun tisu keras
2. hancurkan betul-betul bedak tersebut.
3. Ambil satu sudu teh Spirit/Rubbing Alcohol (masukkan sikit demi sedikit kalau kurang tambahkan lagi kalau lebih kurangkan cecair Spirit)
4. Gaulkan semua bahan dan tekankan balik kedalam bekas compact. 
5. Bersihkan sekeliling bekas tersebut. Siap!!!

Mudah sahajakan. Lain kali kalau ada pecah- pecah itu jangan buang. Tak baik membazir Allah marah. Itu sahaja dari sis untuk hari ini. Harap semua dapat Ilmu yang baru dari post sis hari ini.

P/s: Spirit atau rubbing alcohol boleh didapati disemua farmasi yang berdekatan. Pastikan cecair bukan swap!!!

by, YanaChedzoy