Saturday, 26 November 2016

ATTRACT THEM WITH YOUR ACCESSORIES

We girls really love to wear jewelry to be more beautiful, right? Jewelry is actually the second must-things a girl should have other than make up. Certain girls love to wear gold, and certain girls love and more prefer to wear white gold or silver. Like me, i myself prefer white gold or silver because i can't always wear gold. If i wear gold , my skin will be rashes then turns red.




EARING


Earings are usually the main accessories for a free-hair girls. Face always going to be first attention about a girl. People will look at their face first before look at the girl's body. So that's why make up and accessories is important for girls.  




BRACELETS



Bracelets is a must for a girl's hand. It for the hand to look more beautiful and attract more attention. That's why girls need to choose the right bracelet that suit their cloth and style. Beautiful bracelets will make your hand more attractive.




                                                                       
NECKLACE



For a free-hair girls, necklace is the most attractive accessories because it's place at their neck. As we all know neck area is usually the sexual areas. Beautiful necklace can increase the aura of beauty of the girl who wear them. Hijab's girls also can wear necklace on the outside of their hijab, that's what we called fashion. This is why girls should know fashion and always be up to date.





By , Hanum Najib



Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Ramai yang memandang remeh tentang keperluan air di dalam badan. Air yang dimaksudkan di sini ialah air putih okey. Bukan air bandung, bukan air milo tabur, bukan air kopi cap kapal layar ye. Diulangi air putih ataupun air masak. Orang johor sebut air jarang. Whatever la korang nak panggil apa pun.

Saya tahu ada orang yang tak suka minum air putih ni. Tekaknya hanya boleh telan air yang berwarna dan manis saja. Pelbagai alasan yang diberikan. Ada yang kata takut perut buncit la, ada juga yang kata nanti buah pinggang cepat rosak la. Macam-macam alasan yang tak logik pun ada..hihi..


Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!

Kalau ada yang tengah baca entry ni dan tergolong dalam kelompok ini, anda berada di dalam zon bahaya..!! Kenapa bahaya?? Kekurangan air di dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Jom kita baca. Antaranya ialah:


#1 Kehilangan Garam Dan Cairan Tubuh

Kekurangan air akan membuatkan tubuh seseorang itu mengalami kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa kadar cecair dan garam yang mencukupi.

Bila badan kita tak cukup air dan garam akan munculnya beberapa signal seperti mulut dan bibir kita menjadi kering. Biasa tak jadi macam ni?? Biasa kan terutama apabila cuaca panas terik. Tanda lain ialah mata kita juga berasa kering dan pedih serta tubuh menjadi terhidrat.


#2 Tekanan Darah Meningkat

Ketika mana sel-sel di dalam tubuh kita kekurangan bendalir, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang dikenali sebagai vasopressin. 

Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi. Jadi bagi mereka yang sudah sedia ada hipertensi ni janagn buat-buat malas ye minum air putih yang cukup. Bagi yang tak suka minum air putih ni anda kena la berjaga-jaga ye..Ingat sebelum kena. 


#3 Badan Rasa Letih

Pernah tak korang rasa letih semacam je. Padahal tak buat apa-apa aktiviti yang berat pun. Lain la kalau hari tu korang pegi cangkul tanah kat belakang rumah ke..Memang penat la kalau jarang buat kan. Ni tak ada buat apa-apa pun rasa penat je. 

Ini salah satu tanda menunjukkan badan Uollss kekurangan air tau. Dehidrasi sedang berlaku sebab tu korang rasa letih dan mengantuk je..Ini kerana jaringan sel-sel di dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi. Kesannya penambahan enzim berlaku dengan lambat sehingga menghalang tubuh menjadi lebih aktif dan produktif.

Badan kita akan rasa tidak bermaya dan asyik dok menguap je. Rasa macam tidur dah cukupkan tapi menguap je..Hati-hati ye kalau dah jadi macam ni. Jangan biarkan. Minum air yang cukup okey.


#4 Proses Pencernaan Terganggu

Kurang minum air boleh mengganggu proses penghadaman. Air memang sangat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mencerna makanan yang kita telan tu. Seterusnya mengeluarkan  sisa-sia makanan yang tidak dicerna atau tidak diperlukan oleh tubuh kita.

Makanan yang tidak dapat dihadam dengan sempurna akan menjadi racun di dalam tubuh kita. akhirnya timbul pelbagai masalah lain seperti kembung perut, sakit perut dan sembelit.

Saya perasan kalau saya tak minum air yang cukup saya akan sembelit. jadi masalah sembelit ni antara puncanya ialah tak cukup air. syukurlah saya jenis yang suka minum air masak. 

Sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah dah kerja sekarang ni pun saya akan bawa air ke mana saja saya pergi. Saya tak suka minum air sejuk atau air batu ni..
Awas, 7 Masalah Jika Kurang Minum Air!!


# 5 Berat Badan Bertambah

Apa kaitan kurang minum air dengan berat badan bertambah?? Macam tak ada synchronize je kan..Meh sini saya terangkan. Macam ni sebenarnya, bila badan kita kurang bendalir dalam tubuh ia akan memberi kesan kepada tahap metabolisme badan kita. Ada faham?? 

Maka apabila tahap metabolisme menurun secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pertambahan berat badan tanpa kita sedar. Bahaya ni bila berat badan bertambah kita tak perasan. Tahu-tahu bila dah baju ketat, seluar tak boeh nak butang..LOL

Macam mana nak buat ni?? Nasihat saya bila kita rasa dahaga yang amat janganlah terus minum air jus atau minuman yang manis. Minumlah air putih dahulu. Rasa dahaga yang tersangat tu menunjukkan anda perlukan air putih ok.


#6 Jangkitan Pundi Kencing

Jangkitan pada saluran pundi kencing atau kita sebut kencing kotor adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. Salah satu tanda kita mendapat kencing kotor ialah rasa sangat sakit bila membuang air kecil. 

Selain itu, urin akan berwarna keruh dan yang peling teruk urin ada darah. Sanagt bahaya. Jadi jangan lupa minum air secukupnya agar tidak berlaku masalah yang tidak diingini.


#7 Kejang Otot

Kurang air juga boleh menyebabkan kejang otot..Ini kerana otot kita menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang apabila air tidak mencukupi di dalam badan.

Sebelum saya mengundur diri. Nasihat saya minumlah air putih secukupnya. Kenapa saya kata secukupnya?? Sebab setiap individu keperluan air yang perlu di minum adalah tidak sama. Ia bergantung kepad berat badan seseorang, aktiviti yang dilakukan dan juga tahap pendedahan kepada matahari. Tambahan sekarang ni musim kemarau kan. Lagi la kena minum air putih yang banyak,

Bagi yang bekerja di luar bangunan keperluan air yang perlu di minum adalah lebih banyak. Rasa dahaga je terus minum. 

Oklah selamat beramal. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

by, YanaChedzoy

6 Makanan Perlu Elak Jika Mengidap Masalah Keputihan

6 MAKANAN PERLU DIELAK JIKA MENGHADAPI MASAALAH KEPUTIHAN

Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia My Health, keputihan atau lelehan faraj merupakan satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.
Paling membimbangkan kesedaran terhadap masalah keputihan ini masih rendah. Ramai wanita yang memandang enteng tentang masalah ini. Satu aspek yang perlu di beri perhatian adalah 6 Makanan Perlu Elak Jika Mengidap Masalah Keputihan.
masalah keputihan ketika hamil

1. Ikan Pekasam

2. Belacan

3. Budu

4. Cencaluk

5. Jeruk buah atau sayuran

6. Makanan laut

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit keputihan atau lelehan faraj ialah penyakit resdung faraj atau resdung bahagian sulit.
Pengidap masalah penyakit ini disarankan untuk berpantang mengambil makanan yang di larang di atas sehingga sembuh. Setelah sembuh, bolehlah mengambil makanan tersebut sesekali sekala ya.
SEMOGA BERMANFAAT!!! 

by, YanaChedzoy

HILANGKAN SUNBURN SECARA SEMULAJADI


HILANGKAN SUNBURN SECARA SEMULAJADI



Pada 2 minggu lalu, sis dan kawan-kawan sis pergi ke pengkalan balak bagi shooting untuk assigment production. Memandangkan script tue sis yang tulis dan sis yang pergi letak scene pantai jadi kene lah kami semua pergi ke pantai waktu pagi. Almaklum lah kita ni semua malas jadi bangun pun nak dekat tengah hari.

Panas di Malaysia ni semakin menjadi-jadi. Kalau pecah telur atas kereta pun boleh masak. Inikan lagi kulit kita. Balik pada cerita di pengkalan balak tue, masa shooting tiba-tiba terbawa ke tengah hari. Panas terik sangat waktu tue sampai tapak kaki sis melecur sampai sis menangis-nangis tak tahan. Akhirnya bila balik kulit sis melecur yang amat. Macam udang galah kene rebus.

Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet dari matahari bukan sahaja mengakibatkan sunburn, tetapi turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua. Nah sis kongsikan 5 Cara Menghilangkan Sunburn Guna bahan Semulajadi untuk di cuba.




1. Mayonis


Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.

Nak kesan yang lebih sensasi? Sejukkan dulu mayonis di peti ais kemudian sapu pada kulit. Cubalah!



2. Tembikai


Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.



Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.



3. Daun lidah buaya


Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti anda akan perasan perubahannya nanti.



4. Masker timun dan susu tepung


Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.



5. Tomato

Cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

by, YanaChedzoy

6 SEBAB KITA PERLU MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI

 

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Teh Hijau Setiap Hari

Sebelum kita baca 6 sebab kenapa perlu minum teh hijau setiap hari, saya ingin bertanyakan satu soalan kepada pembaca semua,"Apakah minuman kegemaran anda setiap hari??"Teh tarik?? Milo?? Nescafe?? Horlick?? Oligo?? Kesemua yang disebut di atas bukanlah minuman yang terbaik untuk kesihatan yang optimum. Lebih-lebih lagi jika minuman di atas dicampur dengan gula, susu pekat manis serta kreamer. 



Ramai di kalangan kita yang kurang berminat dengan minuman berkhasiat ini jika dibandingkan dengan teh tarik atau teh O ataupun minuman kegemaran lain. Mungkin kerana tidak biasa atau kerana aromanya yang sedikit berbau jika dibanding dengan teh lain. Rasanya juga agak kelat. Sebaiknya cara minum teh hijau ini tidak dicampur dengan gula atau susu. tujuannya untuk mengekalkan rasa keaslian teh itu dan yang paling penting mengekalkan khasiatnya yang sangat banyak untuk kesihatan kita.

Kalau tidak biasa kenalah biasa-biasakan diri kan. Benda molek ni tak salah pun kita minum dan amalkan. Ubat yang pahit pun kita sanggup telan..Takkan lah teh hijau yang rasanya lain sedikit kita tak mampu nak tahan..

Tahu tak kalian teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur lagi-lagi di negara matahari terbit iaitu di Jepun. Dikatakan penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di pulau ini ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun. dan yang paling menakjubkan mereka jarang dijangkiti penyakit.



Nak tahu sebab apa?? Sebabnya penduduk pulau Okinawa mengambil minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian meraka. 
   

Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak tahu tentang sebab-seba kenapa kita perlu minum teh setiap hari dan menjadikan amalan minum teh sebagai minuma harian. teh hjiau kaya dengan antioksidan yang memberi manfaat terhadap kesihatan. Antara sebab-sebab kenapa kita perlu minum teh setiap hari ialah:



Kurang Kafein

Teh hijau mengandungi tahap kafein yang amat sedikit . Tah hijau amat sesuai diambil dalam keadaan yang panas, sejuk, amnis atau tawar. Jadi bagi penggemar kopi adalah lebik baik gantikan secawan kopi dengan teh hijau. Secara tida langsung anda telah mengurangkan dua pertiga kandungan kafein dengan minuman teh hijau.



Melancarkan Sistem Pernafasan

Teh inio mengandungi dua alkaloid yang lebih dikenali sebagai theobromine dan theophylline. Keduanya mempunyai struktur molekul yang sama seperti kafein. Theobromine boleh merangsang jantung dan sedikit bersifat diuretik. Zat ini dikatakan mampu menghalang masalah batuk dan melegakan otot di bahagian pernafasan. Theophylline pula berfungsi melemaskan otot di bahagian bronkus yang mana fungsinya boleh melancarkan sistem pernafasan.



Menghilangkan Kegelisahan

Tak semua orang boleh minum kopi. Ada yang sensitif dengan kopi. Ada juga yang risau mendapatkan masalah kepada kesihatan seperti mencetuskan kegelisahan dan rasa cemas yang tidak bertempat. Gejala ini disebut sebagai 'coffee jitters'. Masalah ini tidak akan berlaku jika kalian mengambil teh hijau. 



Menurunkan Berat Badan
Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.


Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.



Menguatkan Daya Ingatan

Terdapat satu zat istimewa di dalam teh hijau yang dikenali sebagai asid amino L-theanine. Zat ini dikatakan boleh membantu merangsang mental dan kemampuan fokus seseorang serta menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menyukainya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Inilah antara 6 sebab kenapa kita perlu mengambil teh hijau setiap hari. Hakikatnya banyak lagi manafaat teh hijau ni untuk kesihatan kita. Antaranya ialah Mengurangkan risiko kanser, Mengatasi bengkak mata, Antiseptik kulit, Melindungi kulit, Menurunkan tekanan darah dan Awet Muda. Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

by, YanaChedzoy

HILANGKAN TUMIT KAKI KASAR DAN PECAH-PECAH



Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah


Salam semua. Hari ni sis nak berkongsikan tentang satu perkara yang nampak remeh, nampak biasa dan tak penting tapi sebenarnya perlu kita titik beratkan juga. Walaupun kita bercerita tentang tapak kaki namun masaalah tumit kaki kasar, merekah dan pecah pecah sudah menjadi masaalah semua golongan tak kira kaum hawa atau kaum adam.Namun bagi kaum lelaki masalah tumit kaki kering dan pecah bukanlah perkara yang besar bagi mereka..bak kata omputeh "no big deal la bro"..gitu..

Tetapi tidak bagi kaum hawa, Kecantikan dan wanita ibarat suatu kembar siam yang tak dapat dipisahkan. Mana-mana wanita sekalipun akan rasa rimas dan tidak selesa apabila tumit kaki mereka merekah dan pecah-pecah. Pastinya wujud perasaan malu untuk berjalan-jalan dengan kaki yang sebegini.


 Tambah-tambah lagi kalau duduk bersimpuh kat kenduri kahwin ke ada la mulut-mulut comel yang menegurnya. Time tu cepat-cepat je kan tangan kita tarik kain nak tutup kaki tu.. Kalau pakai baju kurung ke jubah ke boleh nak sembunyi kan..Kalau pakai seluar..Hmm..tahan je la perasaan malu tu..
Bagi yang pakai stokin atau sarung kaki tu tak la rasa malukan..sebab orang  tak nampak kaki kita yang bermasalah tu. tapi tetap rasa tak best..Betul tak??

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan, namun keadaan ini menunjukkan seseorang itu kekurangan air di dalam badan yang menyebabkan kulit di bahagian tumit dan tapak kaki menjadi kering. Mula-mula kulit akan menjadi kering dan bersisik.

Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cepat tumit ini akan mengeras dan kesudahannya akan merekah atau pecah.

Banyak faktor yang dikaitkan dengan tumit kaki merekah ni. Antaranya ialah kurang peka dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, kulit terlalu kering, pertambahan berat badan, pemakaian produk kecantikan kulit yang tidak sesuai, dan pemilihan yang tidak tepat.

Kakak-kakak, puan-puan, adik-adik semua jangan risau ok..di sini sis nak kongsikan beberapa cara mudah dari petua nenek moyang kita bagaimana nak hilangkan tumit kaki merekah dan pecah-pecah ni..Jom kita baca lebih lanjut..

PETUA TRADISIONAL MENGATASI TUMIT KAKI PECAH DAN MEREKAH


1. Getah Betik


Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Asam Keping


Petua yang kedua ni sangat nudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapaur cari asam keping ni..Betul tak?? Macam mana nak buat??

Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.

3. Avokado 


Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.

Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot.

4. Minyak Zaiton 


Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..

5. Kelapa Parut 


Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit.

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati. Petua yang kelima ni saya suka.

Teringat kat mak saya di kampung. Mak saya suka sangat guna hampas kelapa sental kat satu badan..Dengan anak-anak sekali termasuklah saya disuruhnya sental satu badan bila mandi. Nak bagi kulit halus katanya..hihi

6. Tepung beras 


Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagiam tumit yang merekah kembali seperti asal.

Sis harap korang semua mendapat informasi yang berguna dari posting sis hari ni. Kalau korang ada petua yang berguna untuk dikongsikan sila comment dibawah. Menjaga kecantikan bukan sahaja dari atas juga hingga bawah, bukan hanya dari luar juga dari dalam. Sampai berjumpa lagi dalam next posting, yakini diri dan kekal cantik.

By, yanachedzoy

"Kurus itu cantik, Gemuk itu buruk"

Bercerita dari pengalaman sendiri, sis dari kecil memang sejak azalinya mempunyai masaalah dengan berat badan sis. Berat badan selalu menjadi faktor dan tajuk utama dalam kehidupan sis. Dari seorang yang tak nak makan hingga makan tak nak berhenti. Sampai hari ini sis masih lagi "struggele" dengan masaalah yang sama. Dulu tak lah gemuk sangat tapi chubby tue ada, bila dah kawin dan ada anak masalah bertambah buruk.

Mempunyai darah campuran jawa dan british, anggapan orang tentang sis selalunya mengharapkan sis sentiasa cantik kerana sis anak campuran. Kurus itu cantik dan gemuk itu buruk. Itu lah istilah yang sedari kecil sis dengar dari mulut orang. Bila sis tembam sikit ramai mulut-mulut puaka ni yang kata "hah makan banyak2 nanti gemuk buruk". Bukan permasaalah buruk tapi kesihatan yang utama.

Sis makan hati dah banyak kali dengan ramai orang. Masaalah dan kesusahan yang sis sendiri lalui tak pernah ada yang tahu. Penghinaan demi penghinaan sis telan demi meneruskan kehidupan. Pelbagai ubat dan diet sis cuba dalam mengurangkan berat badan. Sis akui kadang-kadang sis sendiri yang sis suka bagi alasan utk makan. Motto hidup sis "food makes me happy". Dulu itu lah mottonya.

Sis pernah masuk hospital disebabkan terlalu banyak consume ubat kurus. Sis takut dengan apa yang terjadi pada diri sis. Gemuk yang melampau memgundang pada nyawa sis sendiri, namun dalam pecubaan mengurangkan berat badan sis jatuh sakit dan masuk hospital juga. Sejak itu sis belajar dan masuk program-program kuruskan badan, Alhamdulilah berat badan sis berkurangan, walaupun sis tak lah kurus tapi ada perubahan dalam kehidupan sis. Sis dah tak minum air manis, makan nasi pun berkurangan.


Buruk atau cantik persoalan bukan dari luaran. Kadang orang nampak kurus tapi tak sihat, kadang orang cantik tak semestinya cantik dalam hati. Buruk atau cantik bukan persoalannya yang penting hati kita. Menjadi seorang yang "down to earth" dan "humble" serta hati yang baik menunjukkan kecantikan seseorang. Walau macam mana cantik pun kita, kalau hati kita tak menunjukkan kecantikan itu sangat lah sia-sia.

Sis belajar satu benda dalam dunia ni, kecantikkan luaran kita suatu hari nanti akan hilang, kalau kita siat kulit kita semua sama isi tetap merah, darah tetap merah. Hargailah semua yang kita ada selagi kita hidup dalam dunia ni. Selagi kita cantik buat lah baik pada semua supaya bila kita berubah buruk, masih ada orang-orang yang peluk kita kerana kita.

By, YanaChedzoy