Saturday, 26 November 2016
PENCUCI WANITA TERBARU DAN TERBAIK!!!!!!!!
TIPS MEMILIH WARNA LIPSTICK BAGI BIBIR HITAM ATAU TEBAL
Sebagai kaum hawa, sudah menjadi kebiasaan memakai sekurang-kurangnya secalit lipstick pada bibir kita bagi menyerikan wajah kita yang kadang kusam atau pucat. Lipstik memainkan peranan dalam kehidupan seharian wanita baik yang sedang belajar mahupun yang sudah berkerja
Pemilihan lipstik bagi si bibir gelap dan tebal agak sukar kerana jika tersalah memilih warna wajah kita akan kelihatan seperti badut ataupun tampak lebih buruk dari yang asli dan menghilangkan tujuan sebenar pemakaian lipstik yang asalnya untuk menyerikan wajah.
Disini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana utk memilih warna yang sesuai bagi kita rakyat Malaysia. Orang Malaysia sebahagian besar mempunyai warna kulit yang sawa matang harus sedikit berhati-hati ketika memilih warna lipstik. Bibir menjadi gelap disebabkan banyak faktor, bagi yang tidak mampu membuat rawatan bibir, memilih lipstik yang "kene" itu wajib agar dapat menyerikan bibir kita. Sesuaikan warna mengikut citarasa masing-masing kerana setiap orang ada kesukaan yang tersendiri.
- Warna Chocolate
Setelah selesai memakai lipstik, sapukan sedikit dengan warna bronze supaya kelihatan lebih segar. Warna lipstik seperti ini sesuai untuk anda pakai hari-hari.
- Warna Ungu Plum
- Warna Nude
- Warna Merah
CARA NADIA HILANGKAN JERAWAT .
Hi semua nak tahu macam mana and bagaimana nadia hilang kan jerawat yang banyak di kedua dua belah pipi ..
Baik sebelum nadia ceritakan cara nya , nadia nak cerita bagaimana terjadi dan perasaannya .
Saya ingat lagi hari sabtu , pagi nadia mula minum supplement nak lagi cantik kononya laa kan . lepas minum tu tengah hari kulit muka mula rasa gatal , sampai waktu petang timbul merah merah dan gatal . Keesokkan nya lagi laa naik semua jerawat tetapi nadia degil tetap minum supplement tu. Saya down sangat nak berdepan dengan kawan kawan , saya tak confident sebab muka , dalam masanya sama saya dapat tengok ada juga yang gelak kan saya . Ramai cikgu yang tegur kenapa dengan kulit kamu .
Saya balik , saya tekat nak stop semua skin care dan saya hanya mahu menggunakan benda traditional .
Saya teringat atok pernah pesan kalau ada parut ka , apa apa la guna laa lendir pokok lidah buaya atau nama glamour nya aloe vera heeheheh .
Saya amalkan setiap kali lepas blik sekolah saya sapu kan , tunggu kering , basuh kemudian sapu lagi . Itu la rutim saya setiap hari alhamdulillah cuma mengambil masa sebulan kulit saya kembali normal ..
Caranya
Ambil daun nya satu , selepas itu buang kulit diluar tu kalau tidak ia akan gatal . Lalu sapu lendir tu terus ke muka tunggu sehingga kering lalu bilas dengan air suam .. Semoga beramal heehhe
By, Ain nadia binti azlan shah
SEPHORA SALE 20% OFF BLACK FRIDAY
Wednesday, 23 November 2016
MAKANAN
Ok sekarang saya nak cerita pasal makanan which is makanan yang sedap. Di Malaysia pelbagai jenis makanan ada dari segi kaum dan negeri. Setiap negeri mempunyai berbeza jenis makan termasuklah kaum ok so setiap kaum iaitu melayu, cina dan india pn berbeza ok jenis makanan. Ramai pelancong luar suka akan makanan dalam Malaysia.Salah satu negeri dalam Malaysia ini yang selalu menjadi tarikan pelancong luar juga dalam Malaysia ialah Pulau Pinang atau singkatannya ialah penang.Penang mempunyai pelbagai makanan yang sedap iaitu nasi kandar, pasembur dan lain-lain.Siapa yang belum pergi lagi amat lah rugi kerana makanan disana semuanya sedap dan amat lah lebih rugi jika seseorang itu bukan pecinta makanan.
Sekarang ini, ramai yang membuka cafe makanan ala ala hipster dan ia menarik perhatian orang sekeliling untuk mencuba dan kebanyakannya di Kuala Lumpur. Antara cafe yang terkenal ialah garage 51 yang terletak di Subang ss15, chemistry lab yang terletak di shah alam seksyen 7.Selain itu, kebanyakannya dia kuala lumpur kerana kuala lumpur ialah ibu kota. Korang boleh lah mencari pelbagai cafe yang menyediakan makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Boleh lihat gambar dibawah ⬇ (by the way tak semestinya perempuan cantik tidak boleh makan banyak ok)
oleh:nor ainaa karmilah
Nak kuruskan pipi!!!

Bolehkah kalau nak kurangkan lemak dekat muka dan pipi? Badan dah ramping tapi masalahnya muka bulat dan pipi tembam. Ada cara ke nak bagi muka dan pipi sama ramping dengan badan? Kalau anda nak buat melalui pembedahan pun ada. Kos yang tinggi terpaksa ditanggung dan pada masa yang sama kesakitan yang dialami. So, kat sini aku ada nak share cara nak kecilkan muka dan pipi melalui senaman.
by, Deena Maisarah.
Apa itu confident bagi Deena?
Masa zaman sekolah takde lah nak ambil tahu sangat. Tapi ambil la tahu sikit sikit pasal cantik tak cantik ni. Rasa tu start ada bila dah habis sekolah lepastu nak masuk belajar. Kita tengok semua cantik cantik rasa kita buruk sangat. Memang tak bersyukur langsung. Lagi lagi bila dapat housemate cantik cantik. Lagi lah alahai.. Mama selalu pesan dekat Dee "bersyukur lah angah. daripada orang tak cukup fizikal dia lagi lah sedih. ni dah sempurna semua cantik tapi still tak bersyukur" tapi Dee still tak makan lagi dengan kata kata mama. Bila tak confident dengan diri, sebab tu lah macam tak kisah pun pasal diri sendiri. rasa useless je. tak cantik tak cantik. Rasa sedih sangat. Pernah menitiskan air mata ye pasal benda ni. allah nak ajar reti bersyukur, tiba tiba dia bagi deena satu dugaan.
Satu harini, Dee kena sesuatu penyakit jangkitan kuman. jadinya macam ni, dekat jari Dee tu macam gelebung air kecik tu je. pastu gatai tangan pergi pecahkan guna KUKU. Jadi jangkitan lah kan. Makin lama makin sakit. makin bengkak bernanah semua cukup. Sakit dia hanya allah je la yang tahu. Masa tu pulak memang sangat busy dengan final project dengan teater lagi. Dee pula kena perform time teater. Lagi lah perit.
Baba bawak Dee pergi klinik tapi tak tahu lah doktor tu dia buat macam maa. dengan takde biusnya. dia main cabut korek je jari dee tu. sakit dia haih tak tau nak cakap. Menangis lagi dan lagi. Dari Shah alam sampai Puncak Alam (rumah Dee) tak berhenti ye nangis. bayangkan la sakit dia macam mana. Doktor tu kata, lepas 3 hari bukak balik balutan tu dekat mana mana klinik.
Nak tunggu 3 hari tu Dee still berlatih untuk teater juga. Time tu jari rasa lain, lepastu tak tahu lah macam mana naik infection lagi satu dekat hidung. Rasanya Dee selalu senth hidung Dee guna jari yang kena jangkitan tu. Sakit sangat. Dua dua sakit. Time tu risau sangat hidung ni jafi macam jari. Memang jadi macam jari pun sebenarnya. Dengan aircond kuat dalam teater room tu membuatkan jari dee sakit sangat. Dee ingat lagi time tu dee tak tahan sangat sakit, dee duduk menangis belakkang pintu diam diam taknak bagi orang nampak sambil pegang jari dengan hidung Dee. Lepastu Dee call kawan baik Dee, Ida bagitau Ida yang benda ni sakit sangat, nangis nangis dekat Ida. Memang dah dapat rasa ada tak kena dengan balutan dekat jari tu.
Selepas 3 hari Dee pun pergi lah buka balutan tu dekat klinik lain. Buka buka je, nanah melimpah keluar. Memang sakit. Doktor tu terus suruh Mama Baba bawak Dee pergi hospital. Pergi hospital, doktor kata kena operate esok. Tapi minor operation je. Malam tu dah la boyfriend ajak beraya rumah dia. Nak taknak kena pergi juga lah sebab.... sebab nak lah hahaha. Malam tu dengan hidung bengkak jari berbalut nanah nanah tu, pergi beraya rumah boyfriend Dee. Malam tu tak kisah la sakit ke apa tepek je makeup banyak banyak nak cover infection yang kat hidung tu. Padahal dah bengkak teruk dah time tu. Degil.
Esok tu pergi hospital. Time tu makan semua tak boleh dah. sebab jari dah tak boleh gerak. Semua orang suapkan. Pergi hospital memang seram sangat. Sebab risau dia buat apa macam mana semua. Nak tau dia buat macam mana dengan Dee? Memang terbaik sakit dia. Dekat jari Deena dia korek semua nanah tu guna pisau nipis. Dia potong semua tepi tepi jari Dee tu. Sakit dia pehhhh . Dee nangis ye time tu. Memang jadi macam kawah dah kat jari. Lubang dia tu boleh rendam jari dalam tu. lubang dia dalam dan besar. Doktor tu buang semua nanah dalam jari tu. Tu yang jadi berlubang tu. Hidung Dee pulak dia picit cemtu je. Dee taknak la dia potong sebab muka kot. Habis lah muka Dee. Dia buat semua tu hidup hudup. Memang terbaik.
Habis je buat semua tu doktor suruh Dee datang hospital setiap hari. Sebab hari hari kena cuci jari dengan hidung. hari hari cuci lepas cuci dia sumbat kain dalam lubang lepastu balut. Setiap hari ye Dee rasa sakit tu. Setiap ari tukar kain dalam lubang. Tempoh cuci tu dalam 2 minggu juga lah. lepas tu dah elok tinggal nak bagi isi tumbuh je.
Satu benda jelah Dee sedar lepas kena dugaan ni. Muka elok elok takde parut semua terus ada parut sikit kat hidung dengan jari. Sejak daripada tu, Dee jadi bersyukur dengan apa yang Dee ada. Bila kita bersyukur, kita akan sayang diri kita. Bila kita sayang diri kita, keyakinan diri tu akan datang sendiri. Bila keyakinan tu ada, semua benda boleh buat. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, sayangilah diri anda semua!
By, Deena Maisarah








